Isnin, Mac 09, 2009

“SAYA TAK MAHU DIKATAKAN BONEKA” DR HASSAN AHMAD

hassan-ahmad-51KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan didalangi pihak tertentu termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka. Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya)," kata Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan