“Sebagai Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan ini, saya amat berdukacita dan malu jika dua tahun dari sekarang masih banyak rumah penduduk beratap bocor, bertiang rapuh dan tidak berdinding, manakala sumber ekonomi mereka masih tidak terbela”.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman, berkata fenomena kemiskinan rakyat di kawasan ini perlu diselesaikan secara agresif, memandangkan tahun 2010, kerajaan Sabah sendiri menyasarkan bebas dari kemiskinan.
“Tidak ada soal terlambat. Apa lagi menuding jari kepada mana-mana pihak untuk penyelesaian ini. Apa yang penting, pengorbanan semua pihak perlu disatukan.
“Umum tahu Dun Sukau adalah kawasan pilihan raya negeri dalam daerah Kinabatangan diketahui sebagai daerah nombor dua yang termundur di dalam Malaysia, termasuk di Sabah selepas Daerah Pitas. Program mengesan rakyat termiskin di sini seharusnya dilakukan sejak 15 tahun lalu ke arah misi negeri miskin sifar tahun 2010,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan