BATANG AI, 8 Mac (Bernama) --- Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mensasarkan semua program yang membabitkan langkah merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar diselesaikan sebelum tahun 2010, kata Timbalan Menterinya Datuk Joseph Salang Gandum.
Beliau berkata satu daripada program terbabit ialah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang memberi tumpuan kepada langkah meningkatkan infrastruktur komunikasi di luar bandar seluruh negara membabitkan kos RM600 juta.
"Program untuk rapatkan jurang digital kita akan cepatkan dan semua yang telah dirancang perlu kita selesaikan sebelum 2010,"
"Sasaran kita pada 2016 untuk memastikan 97 peratus kawasan dalam lingkungan 15 kilometer dari pekan kecil mempunyai kemudahan seperti jalan raya dan air selain bekalan elektrik 24 jam sehari,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan