Selasa, Mac 17, 2009

PENGELUAR VANILLA METERAI PERJANJIAN BELI BALIK DGN FELDA

pix_middleKUANTAN, 17 Mac (Bernama) -- Rentak Timur Sdn Bhd, pengeluar vanila di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), telah menandatangani perjanjian beli balik dengan Felda untuk mengembangkan lagi kepakarannya dalam perladangan tanaman vanila.

"Di bawah kontrak perladangan, kami akan membekalkan tanaman vanila antara RM10 dan RM14 setiap satu, bergantung kepada kualiti dan membeli semula tuaian itu antara RM35 dan RM50 sekg," kata Ketua pegawai eksekutifnya Syed Isa Syed Alwi beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Isa berkata dengan hanya keluasan tanah 0.2 ekar, 1,000 tanaman vanila boleh disemai untuk menjana pendapatan RM60,000 setahun.

Syarikat, kata beliau, mensasarkan 3,000 hingga 5,000 pekebun untuk menyertai projek itu tahun depan.

Syarikat itu mempunyai rumah hijaunya sendiri di Lanchang, Temerloh, yang berfungsi sebagai pusat pembenihan dan nurseri untuk vanila dan boleh menampung kira-kira 200,000 tanaman pada satu masa.

Permintaan global untuk vanila asli dianggarkan 2,000 tonne metrik setahun. Ia adalah perisa popular untuk hidangan pemanis mulut, kek, produk ais krim dan antara ramuan utama dalam minyak wangi, cerut dan minuman keras.

 

KPD, Rentak Timur Sdn Bhd Teroka Penanaman Vanila Di Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan