PETALING JAYA, 2 Mac (Bernama) -- Berucap pada program anjuran Marketing Magazine yang bertemakan "Obama-Magic In KL: Featuring Roger Fisk and the Road to the White House", bekas pengarah kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata:
“Kempen politik yang berkesan boleh diperolehi melalui media baru seperti laman web dan Internet”
“media baru banyak digunakan dalam kempen Obama dan merupakan salah satu faktor yang turut membawa kepada kejayaan Obama terpilih sebagai presiden.”
"Saya berpendapat kempen yang baik boleh menjadi semakin berkesan dengan bantuan media baru.
Namun beliau berkata, “media baru bukanlah segala-galanya.”
Tetapi bagi mereka yang menganggap media baru merupakan unsur paling penting, mereka adalah silap,"
"Apa pun teknologi yang digunakan dalam politik Amerika (atau di peringkat global), saya tidak fikir ia dapat digantikan dengan interaksi sesama manusia".
"Saya fikir tiada apa yang boleh menggantikan nilai yang boleh anda sentuh (seperti akhbar). Saya fikir media cetak atau media lama akan tetap mempunyai tempat.
“Ia persoalan sama ada setakat mana mereka (media lama) menjalin hubungan dengan orang ramai di sekeliling mereka," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan