KDN Gantung Permit Akhbar PAS Dan PKR
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) Isnin menggantung permit dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.
"Memang benar kita menggantung permit dua akhbar tersebut bermula hari ini. Tindakan tersebut bukan bermaksud kerajaan menyekat kebebasan media tetapi bagi menjaga keharmonian dan sensitiviti masyarakat di negara ini yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya," kata Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Laporan Polis Dibuat Terhadap Blog 'Pahang Daily'
KUANTAN, 23 Mac (Bernama) -- Tiga anggota Umno bahagian Paya Besar yang didapati bersalah kerana melanggar Perlembagaan parti dan Tata Etika Ahli oleh Lembaga Disiplin Umno, Isnin membuat laporan polis terhadap laman blog 'Pahang Daily' dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana menuduh mereka mengamalkan rasuah.
Md Sohaimi ketika ditemui berkata beliau membuat laporan berhubung satu artikel dalam blog itu yang bertajuk "Eksklusif: Politik Wang Umno, Amat Memalukan Kerana Negeri Pahang Pecah Rekod Rasuah Bila Seorang Ahli Parlimen dan Tiga Adun terlibat".
Sementara itu, Zaili pula melaporkan mengenai penyiaran artikel dalam blog sama bertajuk "Susulan Kes Rasuah Pemimpin Politik Pahang, Pemimpin PAS Sifatkan Umno Bahagian Paya Besar Adalah Lubuk Segala Rasuah Parti Itu" yang ditulis oleh Yang Dipertua PAS kawasan Paya Besar, Yusof Embong.
Mohd Shohaimi pula membuat laporan terhadap Pemangku Ketua PKR bahagian Paya Besar, Zahari Mamat yang membuat laporan polis menyatakan mereka terlibat dengan rasuah baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan