Pada 22/02/09 bertempat di Mesilou Kundasang, beberapa ahli jawatankuasa Masjid Kg. Silou telah menghadiri Majlis Perasmian Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK) yang telah disempurnakan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah.
Pemandangan Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK) berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Turut hadir pada majlis perasmian ialah bekas ahli kumpulan nasyid Raihan Nazrey.
Keberangkatan tiba TYT Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah.
Ucapan perasmian Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK) oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah.
Plak perasmian yang telah ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah.
Keberangkatan pulang oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah di diringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kelihatan Pengarah JHEINS Tuan Hj. Amri Suratman yan turut hadir dalam majlis sedang berbincang dengan AJK Masjid Kg. Silou.
Turut hadir ialah Ketua Pemuda UMNO Ranau En. Faez Datuk Haji Nordin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan