Pada 21/02/09 bertempat di tingkat bawah Masjid Kg. Silou Ranau. Telah diadakan “Taklimat Mengenai Program Homestay” yang telah disampaikan oleh Cik Mary Malingking dan Pn. Ainah dari Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan juga Ybgh Dr. Othman Minuddin pengusaha Slagon Homestay. Taklimat ini cuba menjelaskan tujuan dan matlamat pihak kerajaan mensyorkan program ini kepada penduduk luar bandar dan juga memberi penjelasan mengenai beberapa salah tanggapan (misconceptions) mengenai program ini kepada penduduk kampung.
Sebahagian daripada penduduk Kg. Silou yang hadir untuk mendengar taklimat mengenai “Program Homestay”.
Perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Ybhg. Dr. Othman Minudin pengusaha Slagon Homestay.
Taklimat pertama mengenai “Program Homestay” oleh Cik Mary Malingking dari Kementerian Pelancongan Sabah.
Taklimat kedua oleh Pn. Ainah daripada Kementerian Pelancongan mengenai bagaimana menjadi ahli homestay.
Sesi soal jawab selepas akhir taklimat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan