Ahad, September 02, 2012

PROGRAM 3+1 ATASI KEBANJIRAN PTI

Program 3+1 atasi kebanjiran PTI

MENTEK (dua kiri) bersama pegawai-pegawai imigresen dan tetamu di majlis berkenaan.

KOTA KINABALU August 31, 2012: Jabatan Imigresen memperkenalkan program 3+1 bagi mengatasi masalah kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) di negeri ini.

Pengarahnya, Mohammad Mentek  berkata di bawah program itu, semua permohonan yang melibatkan PTI akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan pas khas (RM100), dan majikan dibenarkan untuk memohon Journey Perfomed Visa (JP Visa) dengan bayaran RM500 tertakluk pada kelulusan.

“Sehingga ke hari ini, masih terdapat rayuan daripada pihak majikan terutamanya dari sektor perladangan dan pertanian untuk mengambil pekerja asing mereka sedangkan fasa pendaftaran pemutihan bagi kedua-dua sektor itu telah tamat pada 1 Julai lepas,” katanya.

Menurut beliau lagi, program itu diperkenalkan setelah menyedari hakikat kelewatan pengeluaran pasport oleh konsulat berkenaan khususnya kepada pekerja asing yang berdaftar di bawah Program 5P (Pendaftaran, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran) di negeri ini.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperkenalkan program 3+1 bagi mengatasi masalah kebanjiran PTI di negeri Sabah,” katanya.

Mentek berkata, pengenalan 3+1 terbabit adalah didorong faktor kebimbangan majikan terhadap pekerja mereka tidak kembali ke negeri ini pulang ke negara asal menjadi asas untuk mempertimbangkan program berkenaan.

“Bagaimanapun, program ini hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai pasport dikeluarkan oleh konsulat masing-masing dan mestilah berada di negeri ini ketika pasport dikeluarkan.

“Dan pasport berkenaan tidak mempunyai sebarang endorsemen ataupun kosong di dalamnya. 3+1 ini hanya sah sehingga 30 November 2012,” katanya.

Jelas Mentek, sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pejabat imigresen berdekatan ataupun ke bahagian Pekerja Asing Kota Kinabalu di talian 088-488776/775.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan kepada mana-mana majikan yang mempunyai pekerja asing untuk membuat pembayaran dalam tempoh dua minggu daripada hari ini bagi pas yang telah diluluskan sebelum ini.

“Manakala bagi kelulusan akan datang, majikan hendalah membuat pembayaran dalam tempoh 21 hari dari tarikh diluluskan dengan kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) kelmarin.

by RUZAINI ZULKIFLI

----------------

Birth certificates to be issued to street children

27 ulasan:

  1. moga program ini berjaya atasi kebanjiran PATI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. isu PATI harus ditanggani dengan lebih berkesan.

      Padam
  2. The Sabah Immigration Department has advised employers and foreign workers in Sabah to be wary of passport touts purportedly offering document renewal services.

    BalasPadam
  3. The department believes the scam to falsify the documents involves locals and foreigners.

    BalasPadam
  4. "Some foreign workers and employers have claimed that their documents have been extended (renewed). However a check with the Immigration office found the documents have not yet been received," Sabah Immigration director Mohammad Mentek told reporters after breaking fast with his staff here last night.

    BalasPadam
  5. The department has identified the masterminds and their modus operandi, he said without elaborating.

    BalasPadam
  6. Meanwhile, Mohammad said only 20 of 53 registered foreign workers recruitment agencies are currently active.

    BalasPadam
  7. He also cautioned employers not to employ foreigners without valid documents as the department would not compromise on those who violated regulations.

    BalasPadam
  8. He said the department registered 161,370 foreign workers during the last 5P programme.

    BalasPadam
  9. Semoga program 3+1 yang diperkenalkan Jabatan Imigresen ini akan berjaya menyelesaikan masalah PATI di Sabah.

    BalasPadam
  10. Kita tunggulah dan lihat sama ada program ini berjaya ataupun tidak.

    BalasPadam
  11. kebergantungan syarikat2 besar di negeri ini terhadap pekerja asing juga menjadi penyebab utama kemasukan PATI di negeri ini.. mungkin masalah ini hanya boleh diatasi jika rakyat tempatan mengambil alih kerja2 yang dimonopoli warga asing dan pihak syarikat pula mengurangkan pengambilan warga asing..

    BalasPadam
  12. negeri Sabah amat luas, tidak sama dengan negeri2 di semenanjung.. oleh itu kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini..

    BalasPadam
  13. harap2lah RCI pula akan segera dilaksanakan lepas ni.

    BalasPadam
  14. Rasanya pelbagai program perlu dilakukan berterusan bagi menyelesaikan masalah PATI ni. bukan tertakluk pada satu2 tempoh masa tertentu saja.

    BalasPadam
  15. semoga program 3+1 mencapai objektif dan sasarannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga pihak yang menjalankan tugas dapat melaksanakan dengan lebih amanah.

      Padam
  16. 5P & 6P indeed can't work well to resolve PATI matter.

    BalasPadam
  17. Tidak salah menjalankan segala cara untuk selesaikan masalah PATI. Kajian harus dijalankan sebelum bertindak agar program tidak mengalami kegagalan dan kos perbelanjaan juga terbazir.

    BalasPadam
  18. Isu RCI tidak harus ditangguh lagi sebelum golongan ini mengancam dan membawa isu yang lebih serius.

    BalasPadam
  19. What the difference between 3p+1 and 5p

    BalasPadam
  20. “Manakala bagi kelulusan akan datang, majikan hendalah membuat pembayaran dalam tempoh 21 hari dari tarikh diluluskan dengan kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan,”

    Pihak yang menjalankan tanggung jawab harus memastikan semua dijalan lancar. Kerjasama semua pihak amat diperlukan.

    BalasPadam
  21. harapkan jabatan imigresen dapat memastikan kemasukan warga asing mengikut prosedur yang betul, gagal, harus dihalau balik.

    BalasPadam
  22. Syabas kerajaan menjalankan program untuk mengurangkan kemasukan PATI. Kami menanti sejauh mana 3p+1 boleh berfungsi.

    BalasPadam
  23. We pay high hope on RCI to address the root cause of the issue.

    BalasPadam
  24. PBS Lahad Datu claims the party has never given up the illegal immigrant issue

    BalasPadam
  25. We gave our inputs on how the RCI should operate and stressed the need to address to put a stop to the problem that has been perennial to Sabah

    BalasPadam