PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menasihati Rohaya yang berkahwin tanpa sijil nikah membuat pendaftaran lewat kelahiran bagi dua anaknya yang tiada dokumen kelahiran.
Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mohd Noor berkata, sekiranya usia anaknya sudah melebihi 12 tahun, dia diminta terus membuat permohonan lewat kad pengenalan.
“Bagi permohonan lewat kelahiran, kita meminta si ibu melampirkan bukti anak dilahirkan di sini, selain rekod perubatan dari hospital tempat anak itu dilahirkan serta dua saksi.
“Kita juga meminta sijil nikah tapi jika tiada, anak akan mengguna bin atau binti Abdullah atau asmaulhusna lain walaupun bapa masih ada lagi,” katanya.
Bagi kes membabitkan wanita Filipina dengan lelaki Singapura iaitu Siti, katanya, JPN hanya akan memberi status penduduk tetap (PR) kepada warga asing mengikut syarat dan peraturan ditetapkan.
“Si ibu dikatakan sudah mempunyai status PR, manakala tiga anaknya tiada pengenalan diri.
“JPN akan memberi PR kepada penduduk asing berdasarkan dokumen ketika memasuki negara,” katanya.
Malah, pemberian status PR perlu mengikuti prosedur termasuk mendaftar dengan kedutaan masing-masing.
Katanya, jika seseorang itu lahir di negara selepas ibu mendapat status PR, anak akan mendapat kad pengenalan biru.
“Bagaimanapun, jika anak dilahirkan sebelum dia mendapat status PR, si anak tetap warga asing.
“Jika anaknya lahir di Malaysia, mereka boleh mendaftar sijil kelahiran,” katanya.
Bagi kes Jue, katanya, ia perlu diselidik secara terperinci bagi mengelakkan sebarang penipuan kerana ada banyak kes warga asing mengaku orang Sabah.
“Banyak kes warga asing mengaku orang Sabah. Jika dia memang orang Sabah secara automatik dia mendapat kad pengenalan Malaysia. Sebenarnya, pihak berkuasa tidak sewenang-wenang membenarkannya memasuki Semenanjung. Sekurang-kurangnya dia perlu menunjukkan sijil kelahiran,” katanya.
Mengenai anaknya, Jainisah berkata, kelahiran anak wajib didaftarkan jika dilahirkan di Malaysia.
UPKO Citizenship and Security Bureau chief Datuk Donald Peter Mojuntin has urged the National Registration Department to consider setting up a special unit to handle citizenship cases involving Sabahans who were born in Brunei before 16 September 1963.
BalasPadamThis will smoothen and expedite the processing of citizenship applications from these people by the NRD headquarter
Mengaku pun tapi kita tunggu siasatan dibuat untuk mereka ini.
Padam6 children aged between 5 to 10 years were detained by City Hall enforcement unit for begging and peddling contraband cigarettes to the public during a city wide sting on Monday night.
BalasPadamThe two hours operation which began at 7.30 pm saw four children, including a girl, being nabbed by enforcement personnel for begging on the streets.
Ini yang kita harap supaya RCI ini akan dapat memberikan jawapan untuk semua ini.
BalasPadamsemoga RCI dapat dilaksanakan dalam masa terdekat
BalasPadamsiasatan terperinci harus dilakukan sebelum kad pengenalan diisukan kepada warga asing yang sudah lama bermastautin di Sabah
BalasPadamtaraf kewarganegaraan kepada warga asing tidak seharusnya diberikan dengan sewenang-wenangnya, harus menjalani proses penapisan kepada mereka yang benar-benar layak
BalasPadamAgree, filter and give to those who 100% qualify.
PadamGolongan yang tidak berkelayakan tidak harus memiliki sebagai warga negara.
Padamsemoga TOR telah disediakan oleh pihak Najib supaya RCI dapat dijalankan dengan secepat mungkin
BalasPadamkalau boleh biarlah masalah PATI di Sabah dapat diselesaikan secepat mungkin
BalasPadamproses pemberian kewarganegaraan perlu melalui prosedur yang ditetapkan oleh undang2.. jika ada mana2 kes diana JPN mebelakangkan undang2, jabatan ini perlu dikenakan tindakan yang paling tegas..
BalasPadamPATI suka mengaku orang Sabah, ini yang mencemarkan nama orang Sabah.
BalasPadamya, ramai pati yang mengaku kononnya mereka rakyat Sabah. ini perlu diatasi.
PadamMereka yang menyamar atau menggunakan dokumen palsu harus dikenakan tindakan.
Padampemberian kewarganegaran kena dilakukan dgn teliti. jgn sampai PATI dpt kewarganegaraan.
BalasPadamPATI harus dihantar balik dan bukan digunakan untuk mengekalkan kuasa.
Padamsiasatan perlu dibuat dengan teliti dan jika ada pati yang mengaku rakyat Sabah harus di hukum.
BalasPadamMykad hanya dikeluarkan untuk golongan yang berkelayakan sahaja.
BalasPadamLet RCI to do their work to address the issue.
BalasPadamSemoga RCI dapat ditubuhkan secepat mungkin, hairan juga kenapa memerlukan masa yang panjang?
PadamJPN should follow right procedure to offer mykad.
BalasPadamKenapakah PATI juga memiliki mykad?
BalasPadamPATI yang tiada dokumen sah harus dihantar balik segera.
BalasPadam