Isnin, April 02, 2012

PEMANDU TIMOR DIPENJARA 15 TAHUN, 10 SEBATAN KERANA MEROGOL GADIS 15 TAHUN

Pemandu lori rogol gadis bawah umur dipenjara 15 tahun, 10 sebatan

BEAUFORT 2nd April, 2012: Seorang pemandu lori berbangsa Timor dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan 10 sebatan kerana merogol gadis di bawah umur.

Tertuduh, Boctoh Markus, 35, dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret pada Khamis.

Menurut fakta kes mangsa, seorang anak gadis Lundayeh, didapati telah mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah Hospital di Kota Kinabalu dan berikutan kejadian itu bapa mangsa telah membuat aduan polis.

Hasil siasatan polis mendapati mangsa telah dirogol oleh tertuduh dengan nama Pakcik Olok. Mangsa telah dirogol di simpang Logging Sabah Forest Industries Sipitang.

Menurut keterangan daripada mangsa pada bulan Mac 2006 (tarikh sebenar tidak diingat) tertuduh telah datang menjemput mangsa dan seterusnya membawa mangsa menaiki kereta menuju ke sebuah kawasan di kawasan Sabah Forest Industries dan mangsa telah dirogol oleh tertuduh.

Selepas merogol mangsa, tertuduh memberi amaran kepada mangsa supaya tidak memberitahu sesiapa atas kejadian itu yang menyebabkan mangsa ketakutan untuk memberitahu keluarganya sehinggalah mangsa melahirkan anak.

Bapa mangsa telah membuat aduan polis dan berikutan aduan itu tertuduh telah ditangkap pada jam 9.35 malam iaitu pada hari yang sama ada bapa mangsa membuat aduan polis.

Pegawai Pendakwa Inspektor Muhamad Zulhaile Yahya memberitahu Majistret Duncan Sikodol hasil ujian DNA yang dihantar ke Jabatan Kimia Kuching mendapati mendapati persamaan darah bayi lelaki dengan tertuduh.

9 ulasan:

  1. Makin menjadi2 warga asing ni.

    BalasPadam
  2. Lepas jalani hukuman hantar terus warga asing ni negaranya dan jangan lagi benarkn masuk di negara ini.

    BalasPadam
  3. kenapa tidak penjara seumur hidup?? dalam jangka masa 15 tahun, belum tentu trauma remaja ini boleh hilang, dan belum tentu masa depan dia secerah remaja2 lain yang sebaya dengan dia..

    BalasPadam
  4. Hopefully the rapist will receive due punishment for what he has done.

    BalasPadam
  5. Rape victims should not be afraid to report to the police, only the police can help them in such matters. If the rapist are allowed to go free, who knows how many others will become the victim.

    BalasPadam
  6. gadis lundayeh lagi tu dia rogol.. cantik tu.. ini OM betul2 lahanat..

    BalasPadam
  7. padan muka, sapa suruh merogol ja.

    BalasPadam
  8. Nampaknya pihak keselamatan perlulah mengetatkan lagi kawalan keselamatan bagi memastikan pelbagai kes jenayah dapat ditangani.

    BalasPadam
  9. Ngamla tu hukuman. Kotoh

    BalasPadam