Isnin, April 02, 2012

16 APRIL TARIKH SEBUTAN DI MAHKAMAH TERHADAP 4 WARGA FILIPINA KES PEMBUNUHAN PEMANDU TEKSI

BEAUFORT 2nd April, 2012: Sementara itu dalam kes pembunuhan pemandu teksi, Mahkamah sama juga menetapkan 16 April untuk sebutan semula kes terhadap empat warga Filipina yang menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 396 Kanun Kesiksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan menyebabkan kematian yang boleh membawa hukuman penjara 30 tahun atau gantung sampai mati.

Keempat-empat tertuduh itu ialah Joy Bin Felix beralamat tempat tinggal di Kg Marintaman Sipitang; Nikli Bin Felix @Mohd Shamsudin Bin Faizal, Mazlan Bin Anong dan Bonjovi Bin Mahmud, ketiga-tiga mereka beralamat tinggal di Kampung Muhibbah, Beaufort.

Ketika dihadap ke Mahkamah, hanya seorang daripada tertuduh dibawa ke Mahkamah iaitu Joy Bin Felix manakala tiga rakan tertuduh sedang menjalani hukuman penjara kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah memasuki negara ini.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah secara bersama pada tarikh sebutan semula kes.

Dalam fakta kes yang dibacakan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Muhamad Zulhaile Yahya di hadapan Majistret Mohd Shaid Othman yang juga Penolong Pegawai Daerah Beaufort iaitu pada 14 Mac 2012 lebih kurang jam 10.30 pagi bertempat di jalan Padas Valley dalam daerah Beaufort Tertuduh berempat secara berkumpulan telah melakukan samun terhadap mangsa dan seterusnya membunuh mangsa Chin Kin Fui.

image Misteri kehilangan mangsa akhirnya terjawab apabila pihak polis berjaya menemui mayat mangsa di Pantai Saliwangan Kuala Penyu selepas keempat-empat tertuduh berjaya diberkas polis.

8 ulasan:

  1. Bila keluar berita tentang jenayah, mesti pelakunya selalu saja warga asing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutlah penjara di Sabah ni sesak dengan warga asing.

      Padam
  2. hukuman pejara 30 tahun terlalu ringan.. kalau penjara seumur hidup pula, bikin sesak penjara di Sabah.. so bagus jatuhkan saja hukuman gantung sampai mati..

    BalasPadam
  3. Hopefully the murder for this case will receive due punishment for his crime. Many of the crime problems within the state is due to foreigners.

    BalasPadam
  4. Illegal immigrants are the mother of all problems within our state, hopefully the RCI will be able to resolve the problems with illegals.

    BalasPadam
  5. byk kes samun dan bunuh dilakukan oleh warga asing, mereka mmg suka buat jenayah.

    BalasPadam
  6. Harap warga asing ini akan dikenakan tindakkan undang-undang yang berat atas apa yang dilakukan oleh mereka.

    BalasPadam
  7. kes bunuh,gantung sampai mati habis cerita.pukimak punya filipina babi

    BalasPadam