Selasa, April 03, 2012

LAPORAN PSC SENTUH CADANGAN AGIHAN 34% KERUSI PARLIMEN UNTUK SABAH & SARAWAK

Laporan PSC Sentuh Cadangan Agihan 34 Peratus Kerusi Parlimen Untuk Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU, 3 April (Bernama) -- Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya (PSC) yang dibentangkan oleh pengerusinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Parlimen Selasa turut mengambil kira cadangan pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Ongkili berkata

  • jawatankuasa mengambil maklum cadangan supaya jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat diseimbangkan di antara kerusi bagi semenanjung dengan kerusi negeri Sabah dan Sarawak seperti yang diperuntukkan dalam dokumen 'Jawatankuasa Antara Kerajaan' (IGC) semasa penubuhan Malaysia.
  • Katanya dokumen itu menyentuh peruntukan bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura memperoleh 34 peratus daripada kerusi di Dewan Rakyat penggal tersebut.
  • Beliau berkata cadangan itu bertujuan memastikan kuasa seimbang boleh digunakan oleh mana-mana wakil Sabah dan Sarawak bagi memastikan suara dan kepentingan yang melibatkan kedua-dua negeri ini dalam semua hal yang berkaitan undang-undang dapat dipertahankan.
  • Dalam hal ini, jawatankuasa mengesyorkan agar satu kajian terperinci dibuat berhubung perkara itu untuk dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip pembentukan Malaysia, katanya ketika membentangkan laporan itu.

15 ulasan:

  1. Baguslah, buatlah apa saja asalkan ia terbaik buat semua.

    BalasPadam
  2. Harap ia betul-betul bertujuan memastikan kuasa seimbang boleh digunakan oleh mana-mana wakil Sabah dan Sarawak bagi memastikan suara dan kepentingan yang melibatkan kedua-dua negeri ini dalam semua hal yang berkaitan undang-undang dapat dipertahankan.

    BalasPadam
  3. Sistem p/raya memang patut diperbaiki dan harap usaha ini membuahkan hasil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SPR harus membaiki kelemahan sistem pilihanraya.

      Padam
  4. Kerusi semenanjung dengan kerusi negeri Sabah dan Sarawak memang patut diseimbangkan. Harap hal ini jadi kenyataan.

    BalasPadam
  5. Sama-sama kita nantikan perkembangan hal ini susah mahu cakap kalau bab-bab politik ni. hehe

    BalasPadam
  6. cadangan ini bgs, harap ia akan dipersetujui dan dilaksanakan.

    BalasPadam
  7. Semoga agihan kerusi di Sabah dan Sarawak akan dilakukan dengan lebih adil. Sabah dan Sarawak berhak mendapat lebih kerusi parlimen kerana negeri kita lebih besar dan rakyat lebih pesat.

    BalasPadam
  8. Semua cadangan untuk kebaikian semua pihak, harus juga dipertimbangakan.

    BalasPadam
  9. Pengagihan kerusi harus dibuat dengan lebih adil dan mencapai keseimbangan.

    BalasPadam
  10. We urge more Sabah representative to be in parliment to voice out our needs.

    BalasPadam
  11. Kita dapat lihat sendiri usaha yang dibuat oleh PSC sendiri.

    BalasPadam
  12. PSC sememangnya satu jawatankuasa yang berguna untuk memastikan kebaikkan kepada semua dalam membetulkan PRU akan datang.

    BalasPadam
  13. Kajian terperinci harus dikaji untuk keseimbangan di Sabah dan Sarawak agar kepentingan kedua-dua negeri terpelihara.

    BalasPadam
  14. kalau boleh laksanakan semua cadangan2 yang dikemukakan oleh PSC.. tidak ada gunanya jawatankuasa itu ditubuhkan jika lebih banyak cadangan yang ditolah dari yang diluluskan..

    BalasPadam