Isnin, Mac 26, 2012

HAPUS HUTANG PTPTN TANDA “KASIH & SAYANG” KERAJAAN KEPADA GOLONGAN MUDA?

PAS sokong demo hapus hutang PTPTN sebelum p'raya

Mac 26, 2012: Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Katanya, PAS juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapuskira oleh kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kerajaan sanggup menghapuskira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Mohamad berkata, kerajaan perlu menghapuskira hutang berkenaan sebagai tanda "kasih sayang" kepada para pelajar dan juga sebagai satu bentuk pelaburan kepada golongan muda ini.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan tindakan kerajaan melupuskan pinjaman sebanyak kira-kira RM589 juta yang ditanggung tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd.

"PAS akan menyokong (perhimpunan) kerana bila Tajudin Ramli seperti dilaporkan Malaysiakini, hampir RM600 juta (hutang) dilupuskan. Kenapa pelajar yang berhutang RM3,000, RM4,000, RM6,000 tak boleh dihapuskira?

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira.  Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," kata Mohamad lagi dalam satu sidang media hari ini.

Mohamad berkata, perhimpunan berkenaan akan dirancang oleh kumpulan pelajar dan PAS akan menyokong usaha itu.

Ketika dihubungi selepas itu, Mohamad berkata perhimpunan tersebut antara lainnya akan diketuai kumpulan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia.

"Tarikhnya mereka belum tahu lagi bila," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata PAS juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Terengganu yang menarik balik biasiswa ke atas sembilan orang pelajar tajaan negeri itu.

Pelajar di universiti Mesir itu dikenakan tindakan berkenaan kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai tahun lalu.

Katanya, PAS mengutuk tindakan kerajaan Terengganu merupakan tindakan keterlaluan, zalim dan menganiaya anak Melayu.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS akan menghantar satu memorandum "dalam masa terdekat" untuk menyampaikan tuntutan berkenaan.

"Kalau tidak ada apa-apa perubahan daripada tindakan menarik biasiswa maka kita akan bincang peguam untuk ambil tindakan," katanya lagi.

28 ulasan:

  1. This sort of request shows that the people are more and more dependent on the government aids, the people will never be able to be independent if this sort of request are continued.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I believe it is not being independent, but more like taking advantage of the government. In other words they are avoiding their responsibility to pay their debt. In some way it is like holding the government at knife point

      Padam
  2. PTPTN has been established since 1997 and millions of Malaysians students have benefit from this loan. Most of them are able to repay all their loans from PTPTN without any problems, but the new generation of PTPTN borrowers does not want to bear the responsibilities of paying back what they borrowed. Disappointing to see our future generation being so dependent.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indeed, government has to handle the case very carefully, its affect our future generation to be more dependent and irresponsible to their mistake.

      Padam
  3. Pelajar yang mengambil loan PTPTN harus menjalankan tugas untuk membuat bayaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka tak harus membuang tanggungjawab mereka ke muka kerajaan.

      Padam
  4. kenapa tunggu sehingga tindakan diambil, pelajar harus bertanggung jawab.

    BalasPadam
  5. Katanya, PAS mengutuk tindakan kerajaan Terengganu merupakan tindakan keterlaluan, zalim dan menganiaya anak Melayu.

    Mungkin kerajaan harus menggunakan cara yang lebih lembut, mereka cuma golongan muda sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Golongan muda-mudi ramai yang berada atas pagar sebab tu PR mahu memancing gologan tu.

      Padam
    2. Its all many ways to ask for repayment, hope its not create big issue for such.

      Padam
  6. Hutang yang tidak dilangsai cuma menjadi hutang kerajaan disebaliknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bertambahlah hutang kerajaan, sekiranya PR yang memerintah pasti muflis la negara.

      Padam
  7. If PTPTN not take any prompt action, its will causes a bad consequences to the young generation in the future.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kata Osmar, ini cuma memberi rangsangan yang amat negatif kepada golongan muda sahaja.

      Padam
  8. Tu cara PR pancing pengundi muda2. Gimik politik semata-mata. Puiii!!!

    BalasPadam
  9. Jika ini tidak diuruskan dengan baik, hutang kerajaan akan bertambah banyak dan diluar kawalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenalah mencari cara penyelesaian yang terbaik.

      Padam
  10. Inijuag memberi amaran kepada golongan muda supaya bertanggung jawab terhadap hutang yang mereka ambil.

    BalasPadam
  11. PTPTN adalah hutang pelajar dan ia harus dilangsaikan, kita tak perlu nak terpengaruh dgn janji pembangkang.

    BalasPadam
  12. Nampaknya PTPTN menjadi mangsa sekarang ini untuk digunakan oleh pembangkang.

    BalasPadam
  13. Nampaknya PTPTN perlu mencari jalan bagi memastikan para peminjam akan diberikan biasiswa pendidikan.

    BalasPadam
  14. Ada pihak yang mengatakan yang mana belum bekerja pun sudah berhutang. Baru belajar sudah tanggung hutang.

    BalasPadam
  15. Cadangan yang menarik sebenarnya ini. Namun perlu diingat juga akan perjanjian telah dilakukan. Namun itu terpulang dengan pihak PTPTN mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  16. Kita harap PTPTN mengurangkan pinjaman yang ditanggung oleh pelajar. Carilah kata sepakat antara kedua-dua pihak.

    BalasPadam
  17. PAS mestilah sokong apa2 sahaja isu yang boleh digunakan untuk menjatuhkan kerajaan.. mereka tidak akan fikir kesannya atau bagaimana untuk melaksanakannya.. mereka tidak akan fikir berapa banyak yang kerajaan perlu tanggung untuk melaksankan cadangan itu..

    BalasPadam
  18. Jika tiada niat nak bayar balik PTPTN, janganlah pinjam pada masa itu.

    BalasPadam
  19. Ini kena diselesaikan dengan cepat. Janganlah menanggung lagi.

    BalasPadam