Peter Chin Perjelas Laporan Ketua Audit Negara 2010
KUCHING, 2 Nov (Bernama) -- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menafikan bahawa pengurusan kewangannya lemah seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, sebaliknya disebabkan faktor luaran yang bukan dalam kawalan kementerian itu.
Mengulas buat kali pertama laporan itu, Menteri berkenaan, Datuk Seri Peter Chin berkata kementerian itu akan bertemu dan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Parlimen berhubung Laporan Ketua Audit Negara, terutamanya mengenai projek bekalan elektrik luar bandar yang menyumbang kepada kelemahan kewangan kementerian itu.
"Sungguhpun kami yang menguruskan dana itu (bekalan elektrik luar bandar) tetapi aspek pelaksanaan dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku kecil Pelan Transformasi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di ibu pejabat parti di sini Rabu.
Chin berkata sumbangan dana diperoleh daripada Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan tanggungjawab utama kementerian itu adalah mengurus dan meluluskan pengagihan dana jika terdapat sebarang permohonan bagi projek bekalan elektrik luar bandar daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wilayah.
Beliau seterusnya menjelaskan bahawa satu-satunya projek serupa dan langsung yang dilaksanakan oleh kementerian menerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah di Pulau Ketam dan ia berjalan dengan lancar.
"Jika ada sebarang salah pengurusan maka saya fikir Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah perlu memberi lebih penjelasan berbanding kami," katanya.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa pengurusan kewangan tujuh kementerian dan agensi kerajaan adalah lemah.
Tujuh kementerian dan agensi itu adalah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Pengangkutan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam Diraja Malaysia, Perbadanan Stadium Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Berikutan laporan itu, Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid membuat keputusan untuk memanggil tujuh kementerian dan agensi kerajaan terbabit supaya memberi penjelasan berhubung kelemahan pengurusan kewangan mereka.
Beliau dipetik sebagai berkata kesemua kementerian dan agensi terbabit akan dipanggil memberi penjelasan mengenai cadangan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, dan PAC akan memutuskan minggu depan sama ada akan memanggil beberapa kementerian serta agensi lain untuk tujuan yang sama.
Ada pelbagai sebab mengapa hal ini boleh berlaku dan kita kena mengambil kira sebab2 itu, dan dalam masa yang sama memperbaiki kelemahan yang ada.
BalasPadamPerancangan harus ada agar keadaan bertambah baik dan bukannya bertambah buruk. Semua kementerian harus berbincang bagi mendapat idea2 yang bernas.
BalasPadamSemua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Jangan suka menunding jari sahaja.
BalasPadamLaporan Audit Negara perlulah dipandang berat dan kelemahan yang dibangkitkan perlulah diselesaikan.
BalasPadampelbagai faktor yang menyebabkan sesuatu pekara itu berlaku..
BalasPadamapa yang penting usaha penambahbaikan perlu sentiasa dilakukan...
BalasPadamsetiap kementerian kena bertanggungjawb atas masalah mereka dan perbaiki segala kelemahan yang ada.
BalasPadampada masa hadapan, pastikan tidak wujud lagi masalah seperti ini.
BalasPadamIni bukannya masa untuk menentukan siapa salah siapa yang benar.
BalasPadamAkui kesilapan masing2 dan perbaiki kelemahan tersebut.
BalasPadamkalau Datuk seri Peter Chin benar, bermakna yang salah itu adalah laporan ketua audit negara??
BalasPadambagi saya, mecari salah siapa tidak penting, yang penting ialah sama2 lah kementerian yang terlibat menyelesaikan kelemahan pengurusan ini..
BalasPadamkalau saling menyalahkan sampai bila2 pun tak akan selesai maslah ini. lebih baik selesaikan dengan cara profesional.
BalasPadamapa agaknya tindakan yang dikenakan jika kementerian2 yang berkenaan benar2 didapati menyeleweng?
BalasPadamTiada gunanya saling menunding jari. Berusahalah untuk menangani masalah ini bersama.
BalasPadamHarap kementerian yang dibangkitkan dalam Laporan Audit akan berusaha menyelesaikan masalah dan membaiki kelemahan mereka.
BalasPadamKita tunggu saja siasaan yang akan dibuat atas perkara yang meragukan ini.
BalasPadam