GEMBIRA...Mohd Khairi dan isterinya (kanan) gembira menimang cahaya mata sulung.
PEKAN: “Saya bersyukur impian insan cacat seperti saya menimang cahaya mata kini menjadi kenyataan. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa bertuah dan gembiranya hati ini.
“Rasa rendah diri kerana cacat sebelum ini kini semakin terhakis dengan kehadiran anak lelaki yang akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina Mei tahun lalu,” kata Mohd Khairi Othman, 35, orang kelainan upaya (OKU) tanpa kedua-dua belah tangan dan kaki sejak dilahirkan.
Mohd Khairi yang terkenal dengan kegigihan mengusahakan ternakan ikan air tawar sangkar di Sungai Pahang, di sini, sejak lebih 10 tahun lalu, mendirikan rumah tangga dengan Zaleha Mohd Nafis, 37, dan mereka kini menetap Kampung Tanjung Pulai, dekat sini.
MOHD. Khairi menunjukkan ikan patin yang diternaknya di Kampung Pulau Manis, Pekan, Pahang
Katanya, sejak isterinya disahkan mengandung perasaan gembira mula terbit di hatinya terutama untuk membuktikan kepada masyarakat insan cacat sepertinya masih berpeluang melayari kehidupan berkeluarga dengan sempurna.
Katanya, tidak dinafikan perasaan bimbang anak yang bakal dilahirkan mengalami nasib sama dengannya setiap hari membuatkan selepas solat dia berdoa semoga Allah dapat membantu.
“Sepanjang isteri mengandung, sebanyak tiga kali proses imbasan dilakukan bagi mengetahui jantina seterusnya keadaan anak yang bakal lahir, saya berpuas hati kerjasama yang diberikan pihak Hospital Pekan dan Pusat Kesihatan Paloh Hinai, di sini, begitu membanggakan.
“Saya yakin pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan memahami perasaan saya, mereka memberi sokongan dan motivasi kepada saya supaya terus berdoa hinggalah imbasan kali ketiga dilakukan saya dapat melihat anak dalam keadaan normal,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Beliau berkata, walaupun saiz anak lelakinya agak kecil dengan berat 2.49 kilogram, dia bersyukur proses kelahiran di wad bersalin Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Selasa lalu berjalan lancar tanpa sebarang masalah pada kedua-dua insan disayanginya itu.
beliau boleh dijadikan contoh kepada insan2 kurang upaya yang lain untuk tidak berasa rendah diri dan sentiasa berusaha untuk maju kehadapan.. tahniah!
BalasPadamKalau mereka yang OKU pun positif dengan kehidupan mereka, kenapa segelintir mereka yang sempurna fizikal tidak mahu berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka? Malah ada yang sanggup merosakkan diri sendiri. Renung2kan.
BalasPadamgolongan OKU pun boleh berjaya, inikan pula mereka yang sempurna.
BalasPadamOKU mampu untuk mencari nafkah sendiri tanpa meminta2 dengan orang lain. inikan pula orang yang cukup anggota/normal. ada juga antara mereka yang cukup anggota tapi hidup mengemis dan asyik mengharap bantuan orang lain.
BalasPadamTahniah kepada Mohd Khairi dan Isteri.
BalasPadamtahniah..semangat Mohd Khairi harus dicontohi...
BalasPadamTahniah kepada kedua-duanya. Semoga kehadiran cahaya mata lebih menambahkan seri dalam hidup berumah tangga.
BalasPadamKalau kita berusaha tidak mustahil kita boleh berjaya.
BalasPadamGood day! I am very much inspired with the story of this great man. I did struggle to translate each word to understand the text but it is all worth it!
BalasPadamI am a teacher from Kiamba, Sarangani Province, Philippines and i am making this great man as the name of my section since we are offering aquaculture as the specialize course in our school. I know my students will be inspired by your story as much as I do. Long live. God Bless you and your family.