SPRM Buka 36 Fail Siasatan Berikutan Laporan Audit
KUALA LUMPUR Okt 25, 2011: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 36 fail siasatan berikutan isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diedarkan kepada umum semalam.
Sebanyak dua fail siasatan dibuka di ibu pejabat, dua fail di Sarawak, tiga masing-masing di Pulau Pinang dan Johor, enam masing-masing di Terengganu dan Kedah, tujuh masing-masing di Perak dan Sabah.
Menurut kenyataan SPRM di sini,Selasa, pihaknya telahpun menyiasat sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.
SPRM mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam memberi sebarang maklumat yang berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara itu.
Menyentuh soal suruhanjaya itu disenarai sebagai salah satu daripada sembilan jabatan dan agensi kerajaan yang berbelanja melebihi peruntukan, beliau berkata:
"Lebihan perbelanjaan sebanyak 0.73 peratus disebabkan menampung bayaran bonus tahunan atau bantuan khas kewangan kepada pegawai Gred 54 ke bawah mengikut Arahan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2010 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2010".
Lebihan perbelanjaan ini sama sekali tidak bermakna SPRM melanggar mana-mana arahan perbendaharaan atau mana-mana prosedur pengurusan kewangan sebaliknya ia adalah bayaran bonus yang diluluskan oleh kerajaan, jelas kenyataan itu.
Harap penyiasatan ini dijalankan dengan adil supaya mereka yang terlibat dalam rasuah akan dikenakan tindakan undang-undang.
BalasPadamPencegahan rasuah bermula daripada kita sendiri, SPRM juga bertanggungjawab membasmi rasuah.
BalasPadamKalau buka fail tapi tiada tindakan selepas itu, tidak membawa apa2 makna juga.
BalasPadamSPRM cegah rasuah, bukan terlibat sama dalam rasuah.
BalasPadamSelesaikan isu ini dengan segera.
BalasPadamMana2 pun ada rasuah, jadi pandai2 la...
BalasPadambiar SPRM melakukan tugas mereka...harap semuanya akan berjalan lancar.
BalasPadamtunggu saja hasilnya nanti..harap SPRM akan melakukan tugas dengan telus dan adil..
BalasPadamsiasatan mengenai laporan2 audit tersebut mmg perlu dilakukan.
BalasPadamkita tunggulah hasil siasatan SPRM.
BalasPadamkurangkan bonus dan bantuan. kadang2 kalau terlalu memanjakan rakyat boleh bawa padah juga..
BalasPadamharap2 semua yang terlibat bagi kerjasama.
BalasPadamhanya sprm sahaja yang boleh memperbetulkan apa yang tidak betul dalam agensi2 kerajaan.. semua rakyat mengharapkan supaya sprm dapat melakukan tugas ini dengan cekap dan baik tanpa dipengaruhi oleh mana2 pihak terutamanya menteri2 di persekutuan..
BalasPadamsebelum ini ahli2 politik dan orang awam juga pernah melaporkan salahguna kuasa dikalangan pegawai2 kerajaan. sepatutnya sebaik laporan itu diterima, sprm terus menjalankan siasatan, bukannya menunggu laporan ketua audit negara keluar..
BalasPadamBagus. SPRM sepatutnya menyiasat, ini berkaitan dengan duit. Harap2 segalanya peyelewenggan terbongkar.
BalasPadamJangan lepaskan mereka yang pecah amanah.
BalasPadamMari kita lihat dari 36 fail berapa fail yang akan dapat diselesaikan oleh SPRM. Harap SPRM akan bersungguh-sungguh menangani isu sebegini.
BalasPadam