Selasa, Oktober 25, 2011

PENGGANTUNGAN PROF AZIZ BARI DITARIK BALIK

Penggantungan Aziz Bari ditarik balik

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

pro bari poster uia 241011Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.

Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.

Rampas laptop

Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

pro bari poster uia 241011Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik, peguam dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah serta orang awam.

"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.

Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.

"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.

Katanya, komputer itu milik UIA.

Demonstrasi

Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

NONESelepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.

Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.

Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.

Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok.

12 ulasan:

  1. Kerajaan persekutuan perlulah menangani isu ini dengan sebaik mungkin.

    BalasPadam
  2. Penyiasatan yang selanjutnya diperlukan. Harap semuanya berjalan lancar.

    BalasPadam
  3. Finally. The rakyat nowadays are not like in the previous time. They ar more brave to voice out their mind.

    BalasPadam
  4. Nampaknya banyak yang menyokong Prof Aziz. Tentu mereka gembira dengan berita ini.

    BalasPadam
  5. siasatan masih berjalan..harap ianya dilakukan dengan adil dan lancar..

    BalasPadam
  6. semoga pekara ini diuruskan dengan sebaiknya..

    BalasPadam
  7. harap siasatan akan berjalan lancar dan selesai segera.

    BalasPadam
  8. ahli akademik dan mahasiswa yang buat demo tu tahu ka kenyataan kontroversi prof Aziz tu dibuat diluar bidang akademik? tidak ada kaitan dengan kebebasan akademik.

    BalasPadam
  9. menyentuh soal kebebasan, adakah bagi para penyokong Prof Aziz bahawa sultan tidak layak membuat kenyataan atau nasihat atau amaran atau pandangan??? adakah kebebasan bersuara itu hanya ada pada Prof Aziz, tetapi tidak bagi sultan??

    BalasPadam
  10. Rasanya tindakan yang dikenakan sebelum ini tidak akan menghalang Aziz Bari dari terus memberikan pandangan terhadap sesuatu isu.

    BalasPadam
  11. 'penglibatan pensyarah dalam politik akan menambahbaik budaya politik melalui amalan politik ilmu dan memperkaya amalan demokrasi.' bukankah ini ada benarnya juga?

    BalasPadam
  12. Harap masalah sebegini perlulah ditangani sebaiknya.

    BalasPadam