‘Ayat pelangkah’ tidak menjadi
BUKTI...Ab Rashid menunjukkan ‘ayat pelangkah’ yang digunakan suspek untuk menyamun.
KAJANG 14 Okt 2011: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itu nasib menimpa tiga lelaki warga Indonesia yang menggunakan ayat azimat yang dikenali ‘ayat pelangkah’ yang dipercayai menjadi pelindung mereka untuk melakukan jenayah pecah rumah dan samun di sekitar Kajang.
Bagaimanapun, hasil risikan dan intipan polis, ‘kekebalan’ semua suspek yang dikenali ‘Geng Tong Gas’ berakhir sejurus dicekup sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, jam 9.15 malam, 7 Oktober lalu di Sungai Chua, di sini.
Selain dijadikan azimat, suspek turut menggunakan ayat berkenaan sebagai rujukan dan panduan untuk mengetahui tarikh dan masa sesuai untuk menyamun.
Difahamkan, suspek akan menyelit ayat berkenaan pada seluar ketika menyamun dipercayai untuk mendapatkan kekuatan selain membolehkan aktiviti jenayah mereka tidak dapat dihidu polis.
KERAMBIT, pedang dan barang kemas antara yang dirampas daripada tiga penjenayah Indonesia yang ditahan dalam serbuan di Sungai Chua, Kajang pada 7 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata semua suspek berusia 30-an itu dilaporkan terbabit kes pecah rumah dan samun seorang jurutera yang mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM8,000 dalam kejadian di Batu 14, Hulu Langat, 6 Oktober lalu.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan parang memecah masuk dengan mengumpil pintu belakang rumah mangsa.
“Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes pecah rumah dan samun yang dilaporkan di Kajang.
“Semua suspek kini direman sehingga 14 Oktober dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya dalam sidang media di IPD Kajang, semalam.
----
PERIKSA... Anggota forensik membuat pemeriksaan ke atas mayat warga Myanmar yang mati dibunuh.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dibelasah dan ditikam dua lelaki dipercayai rakan senegaranya di Jalan Brunei di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Sonam, 20, dikejar dua lelaki sebelum terjatuh.
Saksi dikenali Bari, 20-an berkata, kedua-dua lelaki itu terus bertindak membelasah mangsa yang terjatuh sebelum seorang suspek mengeluarkan pisau dan menikam Sonam.
“Sebaik melihat mangsa sudah tidak bergerak, suspek terus melarikan diri,” katanya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata, punca kematian mangsa masih dalam siasatan kerana saksi terbabit masih belum tampil membantu siasatan.
Menurutnya, polis menyedari kejadian apabila pasukan peronda (MPV) yang kebetulan melalui kawasan itu mengesyaki sesuatu berlaku selepas melihat orang ramai berkumpul.
“Hasil pemeriksaan anggota polis mendapati seorang lelaki warga Myanmar maut di tempat kejadian dengan kesan tikaman di dada.
“Mereka kemudian melaporkan kejadian itu kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Zulkarnain berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh,” katanya.
makin byk kejadian jenayah pada masa kini. kebanyakkannya dilakukan oleh warga asing.
BalasPadamPATI ni betul2 bawa banyak masalah!
BalasPadamtahniah kepada pihak polis.. rasanya langkah paling berkesan bagi mengurangkan kes jenayah di negara ini ialah dengan mengusir semua pati dan menghadkan jumlah pekerja asing.
BalasPadamRupanya masih ada lagi yang mengamalkan ilmu2 seperti ini. Tapi nampaknya tak berkesan.
BalasPadambaguslah pihak polis dapat memberkas mereka...teruskan usaha untuk memberkas penjenayah...
BalasPadamTulah, bukan semua polis2 kita ni jahat...byk lagi yg memang komited dalam menjalankan tugas mereka...seperti berita2 di atas ni la...
BalasPadamHarap pihak polis akan terus berusaha memberkas penjeyah yang merosakkan keamanan negara kita.
BalasPadamMembimbangkan ada kehadiran warga asing yang tidak sedar diri menumpang di Negara orang.
BalasPadam