Banduan Warga Asing Jadi Penyumbang Kesesakan Penjara Di Sabah
SANDAKAN, 10 Okt (Bernama) -- Jumlah banduan warga asing yang ramai menjadi penyumbang kepada kesesakan di tiga penjara yang terdapat di Sabah.
Pengarah Jabatan Penjara Sabah Suria Idris berkata secara keseluruhannya, 60 peratus penghuni tiga penjara di negeri ini iaitu di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan adalah warga asing.
Beliau berkata kebanyakan mereka adalah warganegara Filipina, diikuti Indonesia manakala 40 peratus lagi adalah rakyat negara ini.
"Warga asing berkenaan menjalani hukuman berkaitan kesalahan imigresen, jenayah dan dadah,"
katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah dan terima tugas Pengarah Penjara Sandakan di sini Isnin.
Pada majlis itu, Timbalan Pengarah Penjara Bentong, Pahang, Faridun Md Saad menggantikan Pengarah Penjara Sandakan Mat Johir Asin, yang kini menjawat jawatan Pengarah Penjara Koreksional Perlis.
Suria berkata turut mengalami masalah kesesakan penghuni adalah Sekolah Henry Gurney di Keningau untuk pesalah juvana.
Berikutan masalah kesesakan itu, beliau berkata pihaknya mengambil beberapa pendekatan terbaik untuk mengatasinya termasuklah penambahan blok di Penjara Sandakan dan Tawau.
Masalah itu juga akan diatasi dengan beroperasinya penjara di Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka mula menerima penghuninya bermula awal tahun depan, katanya.
Beliau berkata penjara itu yang dibina dengan kos berjumlah RM35 juta mampu memuatkan 300 penghuni pada satu-satu masa.
Warga asing merupakan pembawa masalah no. 1 di negara kita. Tidak hairan penjara kita juga sesak kerana warga asing ini.
BalasPadamPenjara, makanan banduan, bil elektrik dan air... semua ini dalam tanggungan rakyat tempatan. Kenapa orang luar perlu dilayan begitu baik di tempat kita?
BalasPadammmg kebanyakkan yang buat jenayah adalah warga asing, sampai penuh penjara oleh mereka.
BalasPadamdah datang ke sini menyusahkan orang, masuk penjara pun nak dibagi makan, bikin rugi ja.
BalasPadamberapalah sudah yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk menampung banduan ini..
BalasPadamlepas keluar penjara, lebih baik hantar semua mereka ni balik ke negara asal mereka.
BalasPadamBikin rugi rakyat bayar cukai saja.
BalasPadamOrang2 macam merekalah yang merosakkan keamanan di negeri ini! Sampai bila mahu 'piara' mereka?
BalasPadamini menunjukkan kebanjiran warga asing banyak membawa masalah kepada kita.
BalasPadamdisebabkan itulah kita perlu sentiasa berusaha untuk mengurangkan kebanjiran warga asing di negara ini.
BalasPadamapa faedahnya terus membiarkan sabah dibanjiri warga asing? selain melakukan jenayah, mereka juga merampas peluang ekonomi dengan menjalankan aktiviti itu secara haram.. bukankah lebih baik kerajaan menyelesaikan masalah ini secara agresif dengan mengambil kira pandangan serta cadangan rakyat..
BalasPadamwang rakyat patut disalurkan kepada rakyat tempatan, bukannya digunakan untuk menampung kos perbelanjaan banduan warga asing. jika masalah pokok tidak diselesaikan segera, sampai bila2 pun kerajaan tetap akan menanggung kos berjuta2 ringgit hanya untuk banduan warga asing ini..
BalasPadamJadi kalau kesesakkan disebabkan mereka. Maka perlulah hantar mereka itu pulang semula ke negera mereka
BalasPadamInilah Sabah yang penuh dengan kedatangan warga asing, bukan saja di pelbagai daerah, malahan mereka juga turut memenuhi penjara utama di Sabah.
BalasPadam