Rabu, September 14, 2011

FELDA TIPU RAKYAT & KERAJAAN NEGERI SABAH ?

FELDA TIPU RAKYAT & KERAJAAN NEGERI SABAH

Pada akhir tahun 1979, Ketua Menteri Datuk Harris Salleh memberikan tanah seluas 225 ribu ekar (lebih luas daripada Negeri Perlis) di daerah Tungku kepada Felda untuk pembangunan skim peneroka yang boleh menempatkan 17 ribu penduduk anak negeri sabah.

Sekiranya setiap peneroka diberikan tanah seluas 15 ekar, berdasarkan jumlah tanah tersebut, Felda sepatutnya telah mempunyai 15,000 peneroka di kawasan Felda Sahabat, Tungku.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1990 selepas hanya mengambil seramai 1638 org peneroka, pengambilan ditutup dan Felda dijadikan Felda Holdings Sdn Bhd. Jumlah ini hanyalah lebih kurang 10% daripada jumlah peneroka yang sepatutnya diambil oleh Felda.

Apa yang lebih menyedihkan, Felda juga telah menceroboh dan mengambil tanah adat kampung di sekitar Tambisan, Tagupi, Tg Labian, Bangingod sehingga ke Dengan.

Hari ini, Felda berlagak seolah sebuah kerajaan bandar sendiri yg bebas daripada kawalan pentadbiran daerah Tungku dan negeri Sabah. Hanya membayar royalti hasil tanah berdasarkan nilai tanah pertanian, tidak membayar cukai tanah industri dan bandar, tidak membayar cukai lesen kedai dan bangunan kepada Majlis Daerah Lahad Datu atau Tungku.

Ternyata Felda telah menipu rakyat dan kerajaan negeri Sabah...

37 ulasan:

  1. Diharapkan Felda akan membuat penjelasan mengenai tindakan mereka ini.

    BalasPadam
  2. Harap hak tanah adat rakyat akan dipertahankan.

    BalasPadam
  3. Jadi mcm mana ni? rasanya mungkin kesilapan teknikal atau mis-communication saja nih...kawan2 saya yg sudah join felda dulu2 lagi sudah senang lenang sekarang...kenapa ada juga yg tercicir??

    BalasPadam
  4. Kenapa ini boleh berlaku? pasti ada yang tidak kena. Jalankan siasatan.

    BalasPadam
  5. Tidak habis2 dengan isu tanah. Adalah lebih baik jika orang2 Sabah sendiri yang menerajui felda2 di sabah.

    BalasPadam
  6. Pastikan isu ini diteliti dan diselesaikan dengan segera. Pastikan tercapai win win situation, dan keutamaan adalah kepada rakyat.

    BalasPadam
  7. dalam hal ini, FELDA kena memberi penjelasan, tanah tersebut adalah hak2 orang sabah.

    BalasPadam
  8. Betul ka, bagaimana Felda boleh lepas macam tu saja. Pihak yang berkuasa perlu menyiasat akan kebenaran isu ni.

    BalasPadam
  9. 10% tu sangat kecil jumlahnya. Sepatutnya peneroka Sabah menikmati lebih daripada 10% tu. Kerajaan negeri tidak boleh berdiam diri mengenai hal ni.

    BalasPadam
  10. Jangan memperdayakan penduduk kampung dengan mengambil tanah2 adat penduduk kampung.

    BalasPadam
  11. jangan pula felda kena sumpahan penduduk tempatan..baru padan muka!

    BalasPadam
  12. harap ada campur tangan dari pihak kerajaan tempatan dan semoga ada penyelesaian +ve diterima oleh penduduk tempatan

    BalasPadam
  13. kes felda menceroboh dan mengambil tanah adat kampung di sekitar Tambisan, Tagupi, Tg Labian, Bangingod sehingga ke Dengan harus disiasat oleh kerajaan tempatan dan tindakan perlu diambil terhadap mereka jika didapati bersalah

    BalasPadam
  14. kerajaan Sabah harus bertindak jangan biarkan masalah ini berlarutan

    BalasPadam
  15. harap FELDA tampil ke depan dan beri penjelasan kepada rakyat Sabah jika perkara ini tidak benar

    BalasPadam
  16. tanah luas tapi peneroka yang diambil hanya seribu lebih sedangkan ia boleh menempatkan 17 ribu orang peneroka. macam mana pengurusan ni?

    BalasPadam
  17. sampai menceroboh pula tanah adat kampung. jika benar perkara ini terjadi, FELDA harus dikenakan tindakan undang2. jangan biarkan rakyat terus dianiayai dan ditipu.

    BalasPadam
  18. sama ada pekara ini benar atau tidak kita sendiri pun tidak tahu kesahihannya.

    BalasPadam
  19. apa pun, sebaiknya jika penjelasan diberikan berhubung dengan pekara ini.

    BalasPadam
  20. Jika benar kenyataan yang diberikan ini. Kenapa tidak ada tindakkan kepada Felda dilakukan?

    BalasPadam
  21. Ini baru kita dengan dari sebelah pihak. Kita tunggu lagi apa kata Felda selepas ini. Jangan kita cepat membuat kesimpulan sendiri.

    BalasPadam
  22. Besar juga tanah yang diberikan oleh Datuk Haris kepada Felda. Sebesar Negeri PERLIS lagi itu.

    BalasPadam
  23. "Apa yang lebih menyedihkan, Felda juga telah menceroboh dan mengambil tanah adat kampung di sekitar Tambisan, Tagupi, Tg Labian, Bangingod sehingga ke Dengan."

    Adakah pihak Felda menggunakan cara dan saluran yang baik untuk menuntut tanah tersebut? Seharus disiasat dan menjelaskannya.

    BalasPadam
  24. "Hanya membayar royalti hasil tanah berdasarkan nilai tanah pertanian, tidak membayar cukai tanah industri dan bandar, tidak membayar cukai lesen kedai dan bangunan kepada Majlis Daerah Lahad Datu atau Tungku."

    Felda seharus memberi penjelasan terhadap tuduhan tersebut yang berkemungkinan merosakkan imej baik Felda.

    BalasPadam
  25. Walau bagaimanapun, pada tahun 1990 selepas hanya mengambil seramai 1638 org peneroka, pengambilan ditutup dan Felda dijadikan Felda Holdings Sdn Bhd. Jumlah ini hanyalah lebih kurang 10% daripada jumlah peneroka yang sepatutnya diambil oleh Felda.

    Jika benar setiap peneroka diberi tanah seluas 15 ekar dan jumlah peneroka secara keseluruhan adalah 15 ribu, tetapi hanya seramai 1638 yang layak and diberi tanah, pergi manakah jumlah perbezaan peneroka yang seharus diberi tanah?

    BalasPadam
  26. Semoga hak-hak para peneroka terjamin.

    BalasPadam
  27. Jika tuduhan ini benar, seharus diambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  28. Yang penting, siasat terlebih dahulu dan memberi penjelasan kepada peneroka supaya mereka tidak bertanggapan negatif terhadap felda.

    BalasPadam
  29. Apakah penyelesaian dari pihak Felda kepada jumlah baki peneroka yang tidak dapat tanah tersebut?

    BalasPadam
  30. "Apa yang lebih menyedihkan, Felda juga telah menceroboh dan mengambil tanah adat kampung di sekitar Tambisan, Tagupi, Tg Labian, Bangingod sehingga ke Dengan."

    Tingkah laku ini memang menyedihkan jika tuduhan tersebut benar. Seharus pihak Felda lebih menjaga kepentingan para peneroka tetapi kejadian berlaku di sebaliknya.

    BalasPadam
  31. Tanpa siasatan, susah membuat keputusan sama ada ini kes penipuan dari Felda. Semoga ini adalah salah faham diantara dua pihak dan masalah diselesaikan secepat mungkin.

    BalasPadam
  32. Hal ini dah bertahun-tahun berlalu, sehingga hari ini masalah ini timbul, tiada pihak yang mengambil tindakan atau siasatan sebelum ini?

    BalasPadam
  33. FELDA should provide us explanation. Don't let this problem prolong.

    BalasPadam
  34. siapa yang majukan Tungku kalau bukan felda? siapa yang menyediakan beribu peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah terutamanya penduduk kampung berhampiran kalau bukan felda?

    BalasPadam
  35. FELDA should be ashame of themselves, disagraceful.............

    BalasPadam
  36. why have FELDA then...just bring trouble

    BalasPadam
  37. setuju dengan dorphin, memang menyedihkan..

    BalasPadam