Polis beri amaran kepada warga asing di Sabah
KOTA KINABALU 21st November, 2010: Polis mengeluarkan amaran kepada awam terutama sekali warga asing di negeri ini supaya tidak mengambil tindakan undang-undang di tangan mereka sendiri.
Pesuruhjaya Polis (PjP) Dato’ Hamza Taib berkata polis akan mengambil tindakan sepatutnya ke atas individu yang tidak mematuhi peraturan undang-undang dan melakukan kesalahan jenayah.
Hamza mengeluarkan amaran ini berikutan satu pergaduhan antara seorang warga asing dan tiga remaja dipercayai warga tempatan pada Jumaat.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, warga asing berumur 18 tahun dan memiliki pasport mengalami kecederaan di kepala dipercayai di pukul dengan talipinggang semasa pergaduhan.
Siasatan menunjukkan motif pergaduhan antara mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan dan dikenali sebagai Kay Tamtali dari Kampung Unggun, Menggatal, dengan suspek terjadi berikutan pertengkaran.
Mangsa telah pergi ke sebuah cyber café di Sulaman Central yang terletak di Jalan Sulaman dan semasa berada dalam premis berkenaan mangsa dikatakan telah bertengkar dengan salah seorang suspek.
Mangsa kemudian keluar dari premis tersebut diikuti oleh ketiga suspek dan berlaku pergaduhan.
Mangsa yang pengsan semasa kejadian telah dimasukkan ke dalam wad rawatan kecemasan (ICU) Hospital Likas.
“Saya menasihatkan warga asing yang berada di negeri ini supaya mematuhi peraturan undang-undang dan jangan meng- ambil tindakan undang-undang sesuka hati di tangan mereka sendiri terutama sekali jenayah keganasan seperti kes bunuh dan lain-lain,” kata Hamza.
Sejak beberapa tahun lalu, kebanyakan kes bunuh ynag dilapurkan melibatkan warga asing dengan mangsa yang berasal dari negara yang sama bermotifkan dendam berikutan perbalahan yang terjadi di kampung halaman mereka terdahulu.
“Saya menasihatkan warga asing yang mempunyai masalah peribadi dengan oranag senegara mereka sendiri supaya mencari jalan penyelesaian melalui pihak berkuasa negeri ini,” kata Hamza.
Di negeri kita pun mereka berani membuat hal. Bagus suruh mereka balik ke negeri asal mereka.
BalasPadamDiharapkan kerajaan tengah berusaha menangani masalah PATI.
BalasPadamIni memberikan risiko kepada rakyat kita sendiri. PATI selalu membuat undang-undang mereka sendiri. Kes bunuh mereka adalah yang antara tertinggi sekarang. Harap PATI ini dapat diselesaikan bagi memberikan kesenangan dan ketenteraman rakyat kita.
BalasPadamPendatang asing ini berani bertindak ikut sesuka hati mereka saja. Negara orang lain pun mereka berani melakukan pembunuhan. keamanan rakyat memang terancam dengan kehadiran PATI ini. Pihak berkuasa harus membenteras mereka ini.
BalasPadamwarga asing memang selalu suka bertindak sesuka hati mereka. harap masalah yang berkaitan dengan warga asing dapat dibanteras.
BalasPadamSaya berharap tidak kira warga asing ataupun warga tempatan akan bertindak dengan rasional dan bukan secara terburu-buru ataupun mengikut perasaan.
BalasPadamMemang mereka ni semua darah binatang buas. Yang sanggup menetak dek dendam membara.
BalasPadamtidak dinafikan warga asing sering terlibat dalam pergaduhan, mereka lazimnya suka bertindak terburu2 tnpa memikirkan undang2 di negara kita.
BalasPadamjika pihak berkuasa serius menangani masalah jenayah di negeri ini, hantar semua PATI ke negara masing2.. kebaikannya, selain dapat mengurangkan jenayah, masalah PATI dapat diselesaikan serta kes barangan seludup juga terkawal..
BalasPadamtidak ada gunanya pihak berkuasa menyuarakan ketegasan itu di media2 atau akhbar jika dari segi tindakan langsung tidak memperlihatkan kesungguhan pihak berkuasa dalam menangani masalah tersebut.
BalasPadamArgh, they should be convicted. Crap.
BalasPadamIni memang satu kes yang patut dipandang berat. Masalah sebegini menjadi darah daging mereka.Amat sukar untuk ditangani jika tiada mekanisma sesuai.
BalasPadamShame on you, foreigners!
BalasPadamKebanjiran warga asing di Sabah memang mengguris hari nurani kita. Mereka patut dikurung sampai bila2.
BalasPadamJangan mengambil tindakan secara terburu-buru.
BalasPadamBukan semua warga asing jahat tapi bukan semua juga baik, rata2 mereka berkelakuan jahat kerana rasa terancam. Ini memang sudah menjadi lumrah. Jadi jangan pernah berhenti untuk menghapuskan pendatang asing dari bumi Sabah.
BalasPadamDiharapkan semua orang akan bawa bertenang dan fikir dahulu sebelum bertindak. Tiada sesiapa yang ingin melihat kemalangan berlaku.
BalasPadam