Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.
"Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005.
"Kerajaan negeri hendaklah meneruskan usaha-usaha bagi mendapatkan royalti berkenaan seperti kehendak perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas,"
"Beta difahamkan kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan pelantar yang paling hampir adalah dengan negeri ini.
"Beta juga berharap Petronas dan kerajaan Pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal-kapal ini berada di bumi Kelantan berdasarkan ia paling hampir,"
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra
----
Menyambut baik langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 16 Sept sebagai cuti umum sempena memperingati penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada 1963.
"Perkara ini sepatutnya telah lama dilakukan tetapi lebih baik terlambat daripada tiada langsung," katanya dan berharap Kerajaan Persekutuan akan menimbangkan pemberian royalti sebanyak 30 peratus terhadap sumber asli yang diperoleh dari kedua-dua negeri itu sebagai pengiktirafan kepada sumbangan negeri berkenaan kepada negara.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
ne*+
Tiada ulasan:
Catat Ulasan