Ahad, Mac 24, 2013

DAP AKAN BERTANDING GUNA TIKET PKR ATAU PAS JIKA DIGANTUNG - KARPAL

PRU-13: DAP akan Bertanding Guna Tiket PKR Atau PAS Jika Digantung - Karpal

Oleh KIATISAK CHUA

Karpal Singh

GEORGE TOWN: Calon DAP akan bertanding di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS sekiranya pendaftaran parti itu digantung sebelum hari penamaan calon diadakan, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.

"Ini kerana kita bimbang serta tidak mahu calon DAP kucar-kacir, kerana tidak boleh menggunakan simbol parti untuk bertanding dalam pilihan raya. Kita juga tahu parti mungkin digantung sementara menunggu siasatan dijalankan,”

katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Karpal berkata DAP telah memberi kerjasama penuh kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam siasatan berhubung kontroversi keputusan pemilihan parti itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan semua siasatan yang dijalankan perlu dilaksanakan secara adil.

“Semua usaha yang dibuat oleh ROS adalah memastikan setiap parti dibenarkan menggunakan simbol mereka pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

----------------

Kit Siang: Saya mungkin tanding guna lambang PAS

"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat,"

-----------------------

DAP tanding guna lambang PAS dialu-alukan

“Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,”

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan