Jumaat, Februari 01, 2013

GURU MAHU ELAUN HIDUP SUSAH DIBERIKAN

Guru mahu elaun hidup susah diberikan

RANAU 23/01/2013: Guru-guru di sebuah kawasan terpencil di sini merungut kerana sudah empat tahun tidak menerima elaun hidup susah bagi sekolah kategori pedalaman tahap 3.

Menurut salah seorang guru yang mengajar di Sekolah SK Gusi Sugut, Ranau yang hanya mahu dikenali sebagai Larry berkata jarak sekolah dari pekan ranau ialah 106 kilometer dan jalan perhubungan adalah melalui jalan gravel (4X4) sahaja.

Katanya, pada musim cuaca yang tidak menentu, guru-guru di sana serta penduduk kampung yang lain terpaksa menggunakan laluan sungai dengan menaiki perahu untuk sampai di kampung berkenaan.

“Sekolah ini mempunyai murid seramai 60 orang manakala guru-guru seramai 11 orang. Rata-ratanya, hampir kesemua gru-guru dan murid-murid melalui jalan becak dan bahaya setiap hari ke sekolah.

“Keadaan ini ditambah lagi dengan masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru, iaitu ketidaan elaun Hidup Susah Pedalaman Tahap 3 bagi membiayai perjalanan yang amat mencabar.

“Kami terpaksa menanggung kos kenderaan yang tinggi, bekalan air tidak dirawat yang mengundang penyakit, dan juga ketiadaan eletrik di mana guru-guru terpaksa menggunakan generator sendiri.

“Selain itu kami terpaksa menanggung kos minyak petrol. Kos perjalanan menggunakan bot jika hari hujan kerana kenderaan tidak boleh melalui jalan ke sekolah disebabkan banjir. Keadaan ini menyebabkan guru-guru terpaksa menanggung duit minyak dan tambang bot untuk ke sekolah,” katanya.

Menurut Larry lagi, kesemua guru di sana mengharapkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk meringankan beban dan kebajikan guru-guru SK Gusi Sugut Ranau.

1 ulasan: