Rabu, Disember 05, 2012

WARGA FILIPINA GUNA DOKUMEN PALSU DIPENJARA DUA TAHUN

Warga Filipina guna dokumen palsu dipenjara dua tahun

SANDAKAN 04/12/2012: Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang warga Filipina berusia 32 tahun atas tuduhan menggunakan dokumen palsu.

Tertuduh, Gapol Hassan berbangsa Visaya ini telah diperintahkan supaya menjalani hukuman dari tarikh tangkapan selepas mahkamah mendengar pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Berdasarkan fakte kes, pada 20 November lepas kira-kira 4.55 petang bertempat di sekitar kawasan perhentian bas Bandar Tyng, Batu 6 Sandakan, anggota PIT bersama-sama dengan sepasukan pegawai penguatkuasa Imigresen menjalankan satu ‘Ops 5P’.

Dalam operasi itu, tertuduh ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Tertuduh, kemudiannya ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan di bawah Seksyen 51 (5) (b) akta yang sama untuk siasatan selanjutnya.

Siasatan mendapati bahawa tertuduh adalah seorang warganegara Filipina yang mengemukakan Pas Lawatan (Sosial)IMM 3 di mana surat daripada Pejabat Imigresen bertarikh 23 November menyatakan bahawa tertuduh tidak mempunyai rekod di pejabat berkenaan hasil semakan yang dibuat dan ia adalah palsu.

Menurut fakta kes itu, adalah jelas bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1) (I) Akta Imigresen seperti mana yang disebutkan di dalam kertas pertuduhan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Imigresen, Mohd Rithwan Hj Mohd Salleh di hadapan Hakim Elsie Primus.

---------------------

More woes for maid agency

Tiada ulasan:

Catat Ulasan