Sabtu, Disember 01, 2012

RM40 JUTA UMPAMA '”DOT YANG KECIL”?

Derma politik RM40 juta Umno Sabah terlalu kecil, kata perwakilan

arsit sedi KUALA LUMPUR, 30 Nov — Beberapa ahli Umno hari ini menolak kontroversi terhadap dana RM40 juta Umno Sabah sebagai “terlalu kecil” untuk keseluruhan Sabah menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Arsit Sedi @ Sidik, perwakilan dari Putatan menjelaskan, jumlah itu umpama “a very small dot” dan berkata, bagi Bahagian Putatan sendiri Umno memerlukan sehingga RM6 juta ketika pilihan raya.

“RM40 juta itu jumlah yang kecil, saya tidak rasa ia mencukupi untuk pilihan raya akan datang.

“Jumlah yang diperlukan sangat tinggi, terutamanya Sabah. Jika berbicara soal RM40 juta, memang tidak cukup untuk menggerakkan jentera. Ia hanya umpama “dot yang kecil.”

katanya kepada The Malaysian Insider selepas sesi perbahasan ucapan dasar  presiden berhenti rehat untuk solat Jumaat ketika Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dikaitkan dengan dana politik berjumlah RM40 juta, yang digunakan pembangkang untuk menghentam Barisan Nasional (BN) di kubu kuat mereka di Sabah.

Isu berkenaan mendapat perhatian apabila Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata di Parlimen, Musa dibebaskan daripada dakwaan rasuah dan penyeludupan wang yang melibatkan peniaga kayu Sabah, Michael Chia.

“Saya rasa itu hanya isu pembangkang untuk membesarkan isu tersebut,” tambah Arsit.

Perwakilan Sabah daripada Batu Sapi,  Sahak Noh turut bersetuju bahawa dana berkenaan tidak mencukupi dan signifikan untuk pilihan raya akan datang, dan tidak memberikan kesan dalam pilihan raya akan datang.

“Pada pendapat saya, ia isu peribadi yang telah dimanipulasi oleh pembangkang, yelah ... pilihan raya sudah dekat,” kata Sahak.

“Saya yakin masyarakat akan sedar mereka cuba mengaburi rakyat.”

Perdebatan berhubung isu tersebut semakin hangat apabila Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kenyataan Nazri membebaskan Musa walaupun tidak mempunyai bukti kukuh daripada Suruhanjaya Bebas Membanteras Rasuah (ICAC) Hong Kong.

Menurut Nazri, ICAC menutup kes berkenaan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati wang itu digunakan untuk Umno Sabah, dan bukannya Musa.

Oleh Mohd Farhan Darwis dan Leannza Chia

-------------------

RM40m Sabah Umno ‘donation’ is pittance, say Umno delegates

Tiada ulasan:

Catat Ulasan