Isnin, Disember 17, 2012

KESEMUA CALON MELAYU DAP DISINGKIR

Kesemua Calon Melayu DAP Disingkir

GEORGETOWN 15 Dis. - Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung hari ini.

Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi. Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.

Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.

"Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum... seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.

"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini tak de seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," katanya.

---------------

DAP masih dikuasai dinasti keluarga

SENARAI 20 ANGGOTA JAWATANKUASA EKSEKUTIF PUSAT DAP

1. Lim Kit Siang

2. Lim Guan Eng

3. Karpal Singh

4. Chong Chieng Jen

5. Anthony Loke Siew Fook

6. Vincent Wu Him Ven

7. Tan Kok Wai

8. Gobind Singh Deo

9. Tony Pua Kiam Wee

10. Datuk Teng Chang Kim

11. Fong Kui Lun

12. Nga Kor Ming

13. Chong Eng

14. Chow Kon Yeow

15. Liew Chin Tong

16. M. Kula

17. Boo Cheng Hau

18. Teresa Kok Suh Sim

19. Teo Nie Ching

20. Ngeh Koo Ham

Tiada ulasan:

Catat Ulasan