Rabu, November 28, 2012

EKSPO KERJAYA SABAH 2012 DI SURIA SABAH TAWAR 2,500 PELUANG KERJA

Ekspo Kerjaya Sabah 2012 tawar 2,500 peluang kerja

Press Conference

Left To Right:
Bruno Vun - Permanent Secretary of Resource Development and Information Technology
Datuk Yee Moh Chai - Minister of Resource Development and Information Technology
Moira David -Principal assistant secretary of the ministry of resource development and information technology KOTA KINABALU 28/11/2012: Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri akan menganjurkan Ekspo Kerjaya, dengan penyertaan pelbagai sektor industri yang menawarkan lebih 2,500 peluang pekerjaan.

Ekspo Kerjaya itu akan diadakan selama dua hari di Suria Sabah di sini bermula 30 November ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai berkata lebih 40 gerai pameran boleh dikunjungi sepanjang tempoh itu yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri berkata ekspo itu bertujuan menyebarkan maklumat tentang peluang pekerjaan kepada belia, pencari pekerjaan, ibu bapa dan orang awam selain memaklumkan tentang peranan kementerian itu dalam arena pembangunan insan dan teknologi komunikasi dan maklumat di Sabah.

Bercakap kepada pemberita di sini, Yee berkata antara aktiviti yang bakal diadakan sepanjang tempoh itu ialah pameran pekerjaan, temu duga terbuka, pendaftaran pencari pekerjaan, sesi khidmat nasihat, ceramah pekerjaan dan persembahan pentas.

Mengenai sambutan orang ramai terhadap Ekspo Pekerjaan yang diperkenalkan oleh kementerian sejak 2007, Beliau berkata sambutannya amat memberangsangkan.

Yee berkata banyak pihak meminta program itu diteruskan setiap tahun, dan ia ternyata memberi faedah atau manfaat kepada rakyat terutama golongan belia yang sedang mencari pekerjaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan