Jumaat, November 09, 2012

BADAN PENAJA CALON-CALON BEBAS HASRAT TANDING DI SEMUA 60 KERUSI DUN

Badan Penaja Calon-Calon Bebas hasrat tanding di semua 60 kerusi Dun

LAHAD DATU 9/11/2012: Satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Badan Penaja Calon-calon Bebas berhasrat untuk bertanding di semua 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.

Pengerusi penajanya, Haji Datu Abdul Kadir Datu Mohd Yatim berkata, calon-calon mereka akan bertanding atas tiket calon Bebas dan akan menggunakan lambang yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) .

“Kami terdiri daripada golongan profesional, korporat, badan akademik, badan keagamaan dan juga bekas pegawai kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.

“Kita juga mempunyai badan penaja utama, namun ianya hanya akan diumumkan selepas parlimen dibubarkan.

“Sebagai makluman, badan ini telah dibentuk pada 31 Oktober yang lalu. Saya sendiri adalah sebagai Pengerusi Penaja dan setakat ini kami mempunyai sepuluh ahli jawatankuasa termasuk seorang setiausaha yang dilantik dari seluruh daerah di negeri ini,” katanya dalam sidang media bersama pemberita di sini, kelmarin.

Jelas Abdul Kadir, konsep dan slogan badan ini adalah untuk membawa harapan baru untuk perubahan politik Negara Sabah khasnya dan Malaysia seluruhnya berkonsepkan politik bersih dan sihat, satukan pemimpin, sejahterakan rakyat, perkasa ekonomi, makmurkan negara, aman, damai, harmoni selamanya menuju wawasan 2020 menjadi negara maju.

“Kumpulan kami tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada pembangkang dan juga kerajaan dan kami bertanding sebagai memberi alternatif kepada rakyat Sabah untuk memilih calon-calon yang mereka suka untuk mewakili mereka di DUN dan Parlimen.

“Kita juga bertunjangkan prinsip ‘hayati’ dan ‘amalkan’ serta tidak tergelincir dari landasan lima prinsip Rukunegara,” ujarnya.

Menurut Abdul Kadir, sebagai badan pemantau, penyertaan mereka dalam PRU-13 ini juga boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya antara parti-parti pembangkang dan kerajaan dan juga menggelak kemungkinan berlaku keadaan kacau bilau sekiranya keputusan pilihan raya kelak tidak menyebelahi parti pemerintah dan pembangkang.

“Sebahagian calon yang diletakkan di bawah gagasan ini telah dikenalpasti dan mereka adalah terdiri dikalangan calon-calon yang berwibawa. Namun kita juga masih menggalakkan calon-calon lain yang berminat untuk menyertai badan ini dan mereka (yang berminat) bolehlah menghubungi pihak kami dan juga saya sendiri dengan menghantar email ke alamat : abdultahir53@yahoo.com ,” katanya lagi.

-------------

Penempatan calon BN kini di peringkat akhir

“Kita akan menghadapi pilihan raya bila-bila masa saja, mungkin berhari-hari lagi, atau berminggu-minggu sahaja lagi,”

Tan Sri Muhyiddin Yassin

---------------------

Placement of BN candidates in final stages

“We are facing the general election at any time now, maybe a few more days, or a few more weeks,”

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan