Khamis, Ogos 23, 2012

'UNDANG-UNDANG LOMPAT PARTI HARUS DIGUBAL'

'Undang-undang lompat parti harus digubal'

SHAH ALAM 31/7/2012- Kerajaan harus mempertimbangkan penggubalan undang-undang lompat parti atau kod etika untuk ahli politik bagi memastikan wakil rakyat yang keluar parti perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) secara automatik.

Penganalisis Politik, Prof Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, sudah menjadi trend masa kini ahli politik keluar parti, tetapi memilih untuk kekal sebagai wakil rakyat.

Menurutnya, dengan adanya undang-undang itu, ia menjadi titik noktah bagi perbuatan melompat parti oleh ahli politik, kerana perbuatan itu tidak bermoral.

“Kita uji mereka semula sama ada benar kemenangan beliau itu disebabkan parti atau dirinya sendiri. Kita adakan pilihan raya kecil, biar rakyat membuat penilaian  sama ada mereka mempunyai sokongan atau tidak.

“Pada saya ini tak ada integriti, saya harap kerajaan boleh adakan undang-undang khas, sudah sampai masa kita ada Undang-undang Anti-Lompat

Parti supaya tak  timbul lagi perkara seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas tindakan Datuk Seri Lajim Ukin yang meletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Bahagian Beaufort berkuat kuasa serta merta dan mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Ia diikuti oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing.

Mohammad Agus berkata, walaupun perbuatan itu tidak  bertentangan dengan Perlembagaan, bagaimanapun  memberi kesan negatif kepada pentadbiran negara.

"Tindakan lompat parti ini boleh berlaku sama ada parti pemerintah atau pembangkang.

“Kita tidak boleh mempercayai sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh ahli politik, kerana ia boleh berubah  sekelip mata,” katanya.

13 ulasan:

  1. Perlukah juga undang-undang untuk perkara ini? Mungkin perlu juga bagi memberikan pengajaran kepada mereka yang ingin lompat parti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa, keputusan rakyat sendiri sudah cukup untuk menghukum peimpin2 lompat ini..

      Padam
  2. Kalau memang sangat perlu maka undang2 Anti-lompat ni perlulah digubal. biar ahli/pemimpin terikat dengan janji mereka terhadap parti masa mula2 dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum dilaksanakan, bincangkan dulu dengan seua pemimpin2 politik dan juga lupa untuk mempertimbangkan pandangan rakyat berkenaan dengan cadangan ini..

      Padam
  3. bagi saya, buat masa ini cadangan undang2 ini bukanlah satu keperluan.. eloklah fokuskan saja kepada isu2 yang lebih banyak mendatangkan manfaat kepada rakyat..

    BalasPadam
  4. tanpa undang2 ini pun, rakyat sendiri akan menghukum mereka sekiranya rakyat mendapati perjuangan mereka benar2 tidak ikhlas atau wujud agenda tersembunyi..

    BalasPadam
  5. pengwujudan undang2 ini pasti akan dipertikaikan kelak kerana ianya menyekat kebebasan berparti atau berpersatuan..

    BalasPadam
  6. Umno vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said there was no need for an anti-hop law in Malaysia which practised democracy, which among others, accorded freedom of association to the individual, including in politics.

    BalasPadam
  7. "Not many countries have an anti-hop law. What is important is that we imbue good values among politicians so there is discipline and consistency in their party struggle," he told reporters when asked to comment on a proposal by Penang DAP for an anti-hop law, at the Aidilfitri open house yesterday, hosted by the Papar Umno Youth chief.

    BalasPadam
  8. "If any party wants to prevent its leaders from switching to another party, particularly those who opted to do so after having won in the election, then it should screen and reject potential hoppers as candidates earlier on, before the polls.


    BalasPadam
  9. He described party hopping among politicians as a disgusting and immoral act.

    BalasPadam
  10. On certain Barisan Nasional leaders who had openly declared support for the opposition Pakatan, Shafie, who is also rural and regional development minister, said he was confident the people of Sabah were mature enough to make the appropriate decision in the coming general election.

    BalasPadam
  11. "Admittedly, the political scenario in Sabah is colourful, but it is not something unusual in the state," he said.

    BalasPadam