Ahad, Julai 15, 2012

SABAH JUARA BOLA SEPAK SUKMA 2012

Sukma: Sabah juara bola sepak

image

Sukma

SABAH menamatkan penantian selama 26 tahun apabila dinobat sebagai juara bola sepak temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-15 selepas menumpaskan Perak 3-0 pada perlawanan akhir di Stadiuam Darul Makmur malam tadi.

Babak pertama perlawanan agak seimbang apabila kedua-dua pasukan menguasai permainan tanpa sebarang jaringan.

Rentak perlawanan pada babak kedua semakin rancak apabila Perak terlebih dahulu melakukan percubaan berbahaya pada minit ke-62 menerusi larian solo Khairul Asyraf, namun sepakan derasnya terkena palang gol.

Kedudukan 0-0 menyaksikan perlawanan dilanjutkan 30 minit sebagai masa tambahan.

Sabah berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan Zulmansshah Aling pada awal perlawanan babak pertama masa tambahan.

Lima minit kemudian Sabah mengganda jaringan menerusi Leopold Alfonso.

Mohd Rozaimi Abd Rahman kemudian menambah duka pasukan Perak apabila menjaring gol ketiga Sabah pada minit ke-11.

Sementara itu, pada babak kedua masa tambahan, Perak meneruskan perlawanan dengan sepuluh pemain selepas Kenny Pallraj dilayangkan kad merah akibat mengasari pemain Sabah Mohd Rozaimi di minit ke-14.

Sabah yang berada dalam keadaan selesa mula bermain secara defensif bagi menyekat serangan Perak.

Perlawanan berakhir dengan keputusan Sabah 3, Perak 0.

Sementara itu, jurulatih Sabah Johny Dominicus berkata beliau bangga dengan kejayaan malam ini dan menyifatkannya sebagai kejayaan seluruh rakyat negeri tersebut.

"Saya mengakui bukan mudah untuk kita menewaskan Perak kerana mereka memberi tentangan yang hebat.

"Namun, nasib menyebelahi Sabah apabila kita mula mendapat rentak pada tambahan masa pertama," katanya kepada pemberita.

9 ulasan:

  1. Tahniah kepada pasukan SABAH kerana menjadi Juara Bola Sepak SUKMA 2012!

    BalasPadam
  2. Teruskan usaha pada perlawanan-perlawanan selepas ini!

    BalasPadam
  3. Tahniah Sabah! Dengar2 Rozaimi akan pindah ke pasukan Selangor nanti?

    BalasPadam
  4. tahniah.. teruskan prestasi..

    BalasPadam
  5. Tahniah!satu kebangaan buat Sabah.

    BalasPadam
  6. Sememangnya Sabah memang boleh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabah tetap mantap. Boleh menang kalau ada usaha.

      Padam
  7. Tahniah kepada pemain Sabah. Sememangnya sekarang ini semakin meningkat permainan pasukan bola Sabah.

    BalasPadam
  8. Tahniah kepada pemain Sabah. Moga2 pasukan bola Sabah semakin naik ranking.

    BalasPadam