Khamis, Julai 19, 2012

DR MAHATHIR ‘SEPARUH DIKTATOR’?

Penganalisis: Dr Mahathir 'diktator terpimpin'

Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM 19/7/2012- Jika tiada kepimpinan diktator seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, negara pasti berlaku kacau-bilau kerana semua pihak meminta hak dan mengutamakan kepentingan sendiri.

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, reaksi sesetengah pihak yang melabel dan mendakwa Dr Mahathir sebagai diktator adalah sesuatu yang berat.

"Dakwaan yang dilemparkan tidak boleh disamakan dengan diktator. Diktator yang dipimpin Dr Mahathir adalah diktator terpimpin, dalam erti kata yang sebenar pemimpin yang tegas dan berpegang kepada prinsip.

"Kepimpinan sebegini diperlukan negara seperti Malaysia yang majmuk kerana sering dibelenggu sensitiviti kaum. Pemimpin seperti ini juga diperlukan negara yang mahu pembangunan berterusan tanpa terencat," katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Dr Mahathir meminta pengunjung-pengunjung blognya di http://chedet.cc memberikan pandangan apa yang telah beliau lakukan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri sehingga ada pihak melabelnya sebagai diktator.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula menyifatkan Dr Mahathir boleh dilabel sebagai kepimpinan separuh diktator.

Katanya, separuh diktator yang dimaksudkan adalah apabila Dr Mahathir telah melakukan beberapa perkara bercirikan kepimpinan diktator.

Antara ciri yang dilabelkan Jeniri sebagai diktator adalah apabila Dr Mahathir telah menahan 106 orang termasuklah beberapa pemimpin pada 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Ciri keduanya, apabila Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal, urusan undang-undang mengenai penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan telah dicampuri Dr Mahathir, sekali gus menghalang penerbitan akhbar parti pembangkang semasa pemerintahannya," katanya

Penganalisis: Dr Mahathir 'diktator terpimpin' Infografik 'Diktator'

5 ulasan:

  1. Rupanya Dr Mahathir disifatkan sebagai diktator terpimpin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutlah tidak ramai yang berani melawan sewaktu pemerintahan beliau.

      Padam
  2. Bagaimana hasil daripada polls yang diadakan di blog Dr Mahathir untuk mendapatkan pandangan rakyat sama ada beliau adalah diktator ataupun tidak?

    BalasPadam
  3. kita sendiri boleh menilai bagaimana kepimpinan Tun Mahathir.

    BalasPadam
  4. Apa pun banyak perubahan telah dilakukan oleh Dr M kepada Negara. Jasa beliau seharusnya kita perlu lihat. Jangan kita pandang perkara negatif saja.

    BalasPadam