Warga asing bunuh rakyat tempatan dihukum mati
KOTA KINABALU 29th May, 2012: Seorang warga asing yang didakwa membunuh rakyat tempatan tahun lepas dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli menjatuhkan hukuman itu ke atas Andal Arolla, 19, apabila kesnya diputuskan kelmarin.
Andal melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Dia melakukan pembunuhan terhadap McCalvin Allen Angkee, 34, pada 8 April 2011 kira-kira jam 1 pagi di jambatan Jalan Limbungan Kapal di Kuala Penyu.
Pendakwaan telah memanggil beberapa saksi untuk memberikan keterangan terhadap tertuduh semasa perbicaraan yang bermula 16 April manakala Andal menjadi saksi tunggal terhadap dirinya.
Andal juga ditahan reman di bawah Seksyen 259 Kanun Acara Jenayah sehingga kesnya selesai dibicarakan kerana kesalahan ini tidak boleh diikat jamin.
Peguam Ram Singh mewakili tertuduh manakala Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin bertindak sebagai pendakwa.
---------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan