50 permohonan guru mahu aktif politik
SHAH ALAM 24 Mei - Sebanyak 50 permohonan diterima daripada kalangan guru yang mahu menyertai politik berikutan kelonggaran sejak 2010 yang membenarkan pegawai kerajaan bergiat aktif dan bertanding serta memegang jawatan dalam parti politik, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
"Daripada permohonan itu, 24 diluluskan manakala sembilan lagi ditolak.
Bakinya masih dalam proses penelitian,"
katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor di sini hari ini.
Mohd Puad berkata antara sebab permohonan mereka ditolak adalah kerana memegang jawatan seperti penolong kanan, guru besar dan pengetua.
Beliau berkata daripada keseluruhan permohonan yang diterima, hanya satu membabitkan penyertaan dalam parti pembangkang.
Kelonggaran adalah bagi pegawai dari gred DG41 hingga DG48.
"Kerajaan tidak menghalang (aktif politik) tetapi perlu ikut syarat yang ditetapkan," katanya.
Mereka yang memegang jawatan besar seperti penolong kanan, guru besar dan pengetua tidak dibenarkan berpolitik, ini alasan yang baik kerana jawatan ini amat penting dan adalah wajar mereka menumpukan perhatian pada tanggungjawab mereka.
BalasPadamtangungjawab mereka besar, nnti komitment mereka akan berkurangan kerana politk.
PadamSemoga baki pemohonan akan diproses dan diumumkan tidak lama lagi bagi guru-guru lain yang berminat menyertai politik secara aktif.
BalasPadamjika nk bergiat dalam poitik pun, kena pastikan tanggungkwab sebagai guru tidak diabaikan.
BalasPadamapa rasionalnya permohonan ditolak kerana memegang jawatan?? jika takut tugas mereka terganggu, bagaimana pula dengan guru2 yang tidak berjawatan??
BalasPadamSebagai seorang guru perlulah tahu akan tanggungjawab utama mereka.
BalasPadamTidak perlu lah terlibat dalam politik.
BalasPadamkalau terdesak sangat mahu bergiat dengan politik, baik lepaskan saja jawatan dalam kerajaan..
BalasPadaminilah salah satu punca kenapa kita kekurangan tenaga seperti guru, doktor, peguam dan sebagainya.. sebab semuanya mahu terlibat dengan politik.. kenapa tidak ambil saja jurusan sains politik ketika belajar dulu??
BalasPadam