Rabu, Mei 02, 2012

REMAJA BUNUH AYAH KANDUNG

Dua pisau bunuh ayah

TRAGEDI...ahli keluarga  membawa mayat mangsa keluar dari bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, semalam. Gambar kecil, Jaswant maut.TRAGEDI...ahli keluarga membawa mayat mangsa keluar dari bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, semalam. Gambar kecil, Jaswant maut.

IPOH: Seorang remaja lelaki menikam perut dan dada ayahnya dengan dua pisau hingga mati sebelum membuat laporan polis palsu kononnya mangsa diserang perompak yang memecah masuk rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini, awal pagi semalam.

Suspek terbabit berusia 15 tahun yang juga anak sulung mangsa turut menyelerakkan perabot dalam rumah supaya kejadian itu kelihatan seperti rompakan.

Sumber polis berkata, mangsa seorang jutawan syarikat kayu dikenali sebagai Jaswant Singh Udan Singh, 40, dan kejadian berlaku jam 1.30 pagi.

Menurutnya, suspek yang masih bersekolah di tingkatan tiga itu membunuh ayah kandungnya kerana berang dengan sikap mangsa yang sering memukul ibunya.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek tinggal berdua di rumah teres dua tingkat itu manakala isteri mangsa, Kamaljit Kaur, 35, serta seorang lagi anak berusia 13 tahun berada di rumah ibu mentuanya.

-------------------

Hartawan pemurah

“Saya tidak percaya dia (suspek) tergamak menikam bapanya hingga mati,”

Inder berkata, mangsa antara saudara yang rapat dengannya dan peramah serta kerap berkunjung ke rumahnya bersama isteri untuk berbual sambil menjamu selera.

“Dia ahli perniagaan berjaya dan tidak lokek menderma. Saya tidak pasti apa yang berlaku kerana dia tidak pernah mengadu mengenai masalah dengan anak sulungnya itu.

Inder Singh, 65, sepupu Jaswant Singh Udan Singh, 40, yang ditemui mati dipercayai dibunuh anaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan