Khamis, Mei 17, 2012

PEKERJA LADANG WARGA INDONESIA MATI DITETAK RAKAN

Pekerja warga Indonesia mati ditetak rakan

BELURAN 16/05/2012 - Seorang pekerja ladang warga Indonesia mati ditetak oleh rakan sekerjanya dalam satu pergaduhan di Ladang Kelapa Sawit Laukin IOI di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, DSP V. Sivanathan berkata, mangsa dikenali sebagai Indra yang ditemui mati dengan kesan beberapa tetakan, di tepi jalan ladang itu oleh pekerja ladang kira-kira pukul 9 malam.

Katanya, laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh Penolong Pengurus Ladang berkenaan kira-kira 11 malam.

Menurutnya, polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan menjumpai mayat mangsa dengan kesan beberapa tetakan di bahagian belakang badan, bahu, pipi dan leher.

Sivanathan berkata, siasatan di tempat kejadian menemui kesan pergelutan tetapi tidak menemui senjata yang digunakan dalam pergaduhan itu.

Beliau berkata, polis sedang memburu rakan sekerja mangsa yang berusia lingkungan 20-an, yang melarikan diri selepas kejadian itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-----------

Cubaan seludup keluar 4,930kg minyak gagal

TAWAU 16/05/2012 - Pasukan Polis Marin (PPM) di sini berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 4,930 kilogram minyak masak dan 480 kilogram gula pasir dalam dua kes berasingan semalam.

-----------

Penerbangan ihsan TUDM bawa anggota TLDM

KOTA KINABALU 16/05/2012 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan satu penerbangan ihsan menggunakan pesawat C130 bagi membawa seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini semalam.

--------------------

Minuman keras seludup RM110,000 dirampas

KOTA KINABALU 16/05/2012 - Kastam Diraja Malaysia Sabah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sabah merampas 659 karton minuman keras pelbagai jenama yang membabitkan cukai bernilai RM110,000 di Pekan Donggongon, Penampang dekat sini semalam.

7 ulasan:

  1. Bilangan PATI yang tinggi di Sabah menyebabkan kadar jenayah juga turut meningkat.

    BalasPadam
  2. Diharapkan pihak polis akan berusaha untuk menurunkan kadar jenayah di Sabah.

    BalasPadam
  3. warga asing suka membunuh hnya kerana hal remeh.

    BalasPadam
  4. Pekerja warga asing yang ada kes macam ni lebih baik dipulangkan ke negara asal mereka.

    BalasPadam
  5. Inilah dia bila dikaitan dengan warga asing pasti dikaitkan dengan kes Jenayah. Nampak sangat warga asing ini berani melakukan jenayah yang besar.

    BalasPadam
  6. kalau Irene baca artikel ini, adakah beliau sekali lagi akan buat kenyataan bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia??

    BalasPadam
  7. semakin tidak aman dan selamat negeri ini bila setiap hari ada kes jenayah, lebih2 lagi yang melibatkan pendatang asing..

    BalasPadam