BUKTI...Raja Shahrom menunjukkan peralatan yang digunakan suspek.
ALOR GAJAH 12 Mei 2012: “Sebaik membuka pintu bilik, saya nampak seorang lelaki sebelum dia membaling pemotong besi yang mengenai kepala menyebabkan saya melepaskan sedas tembakan ke arah kaki kirinya,” kata mangsa samun bersenjata, Mohd Shamir Fauzi, 28.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di Pantai Belimbing, Durian Tunggal, dekat sini, rumah didiami Mohd Shamir bersama isteri, Azarita Abd Rahim, 28, ibunya Nory Md Noor, 58, serta anak tunggal mereka, Muhammad Reza Fauzi, 2, dipecah masuk tiga lelaki bersenjatakan parang, pisau dan pemotong besi.
Bagaimanapun, cubaan ketiga-tiga suspek untuk menyamun rumah berkenaan gagal apabila seorang daripada mereka cedera di kaki kiri dan seorang lagi cedera di perut akibat terkena tembakan senapang patah dilepaskan Mohd Shamir yang turut cedera di dahi.
SIASAT...anggota polis forensik mengumpul bahan bukti dalam kes pecah rumah, semalam
Seorang lelaki warga Indonesia berusia 37 yang ditembak di kaki, berjaya ditahan polis kira-kira 100 meter dari rumah mangsa dalam keadaan mengerang kesakitan manakala rakannya yang cedera di perut serta seorang lagi sempat melarikan diri.
Mohd Shamir berkata, sejurus dia melepaskan satu tembakan, seorang rakan penjenayah itu yang turut berada dalam rumah, menjerit sambil membaling basikal, kerusi dan pelbagai peralatan ke arah saya yang mengarahkan mereka menyerah diri.
Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Arifin Salleh
-------------
Perompak ditinggal rakan dicekup
Shamir menunjukkan pagar kawasan rumahnya yang dipotong sebelum tiga perompak menceroboh masuk ke dalam rumahnya.
----------------------
“Atas rasa curiga, kami membawa lelaki berkenaan ke JPN untuk pemeriksaan lanjut dan ketika itu, lelaki terbabit mula kelihatan tidak senang duduk dan cemas sepanjang perjalanan ke JPN.
“Belum sempat tiba di JPN, dia akhirnya mengaku statusnya sebagai pendatang dan menggunakan kad pengenalan bermutu tinggi milik rakannya sejak 16 tahun lalu iaitu selepas tarikh pasport miliknya tamat tempoh,”
Pengarah Imigresen Pahang, Datuk Mohamad Nasir Osman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan