Selasa, Mei 22, 2012

AMBIL TINDAKAN TERHADAP SYARIKAT KONTRAKTOR

Ambil tindakan terhadap syarikat kontraktor

TAWAU 22nd May, 2012: Penduduk Taman Sri Titingan meminta kerajaan supaya mengenakan tindakan tegas ke atas syarikat kontraktor yang mentadbir taman itu, ekoran penemuan mayat seorang lelaki di dalam salah sebuah tangki air mereka, 12 Mei lalu.

Dakwa penduduk, syarikat itu cuai kerana tidak mengawal kawasan tangki-tangki air dan lambat bertindak terhadap aduan mereka, sehingga menyebabkan mereka terminum atau menggunakan ‘air mayat’ selama kira-kira dua minggu.

“Kita berharap pihak kementerian menghentikan khidmat syarikat ini. Kami sehingga kini masih trauma akibat dari kejadian yang berlaku,” kata seorang penduduk, J. Affandi, 43.

Katanya, para penduduk di taman tersebut turut bercadang untuk mengambil peguam dan membuat tuntutan RM100 juta ke atas syarikat pengurusan ataupun kerajaan, jika nasib dan hak mereka tidak terbela.

Seorang lagi penduduk, Amiruddin Rasake, 42, pula berkata, tindakan menukar tangki-tangki air yang dilakukan juga tidak harus hanya dibuat ke atas tangki tempat mayat itu ditemui, tetapi juga ke atas semua tangki yang terdapat di taman itu.

“Kita mahu semua tangki dan perpaipan ditukar. Walaupun bekalan air kami kini difahamkan sudah disahkan selamat, tetapi kami masih lagi trauma dan geli bila tahu kami sebelum ini menggunakan ‘air mayat’,” katanya.

Luahan kedua-dua penduduk itu disampaikan kepada New Sabah Times selepas satu sesi dialog di antara penduduk dengan Wakil Rakyat DUN Apas, Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan, diadakan di taman perumahan itu kelmarin.

Turut serta di dalam sesi dialog itu ialah Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Datuk Ismail Mayakob dan pegawai-pegawai dari agensi-agensi terlibat termasuklah Jabatan Kesihatan Tawau.

Sementara itu, seorang penduduk, Jaliha Hassan 45, berkata, insiden itu meresahkan keluarganya dan sehingga kini mereka terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membeli air mineral bagi kegunaan keluarganya seharian.

“Kakak sampai takut mahu tengok paip air di rumah kakak. Oleh itu, kami membuat tuntutan ini kerana kami sudah terminum air yang tercemar dan kami trauma. Kakak berharap masalah ini dapat segera berakhir,” katanya.

Tawfiq dalam ucapannya terdahulunya pula meminta masyarakat supaya tidak panik dan tidak terpengaruh dengan mana-mana hasutan pembangkang yang cuba mengambil kesempatan dari isu terbabit.

Beliau berharap insiden yang berlaku dapat dijadikan pengajaran oleh semua pihak termasuklah pihak pentadbir taman, para penduduk, pihak berkuasa tempatan dan semua agensi atau jabatan yang terlibat, termasuk di tempat-tempat lain.

Jabatan Kesihatan katanya sudahpun memeriksa bekalan air di rumah-rumah penduduk di taman itu dan mendapati ia disahkan bebas dari sebarang pencemaran.

---------------

Tawfiq drinks water to prove it is safe for consumption

TAWAU: Residents at Taman Sri Titingan People’s Housing Project (PPR) flats were assured that the water in the reserve water tanks is safe for consumption when Assistant Finance Minister Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan drank it yesterday.

“To prove the safety of the water, Tawau Municipal Council president Datuk Ismail Mayakob and I will personally drink the boiled tap water here,”

--------------------

Folks demand RM1m per unit over 'corpse water'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan