Lelaki Indonesia Dan Remaja Perempuan Dibunuh Di Pasar Malam
SEDIH...anggota keluarga tidak dapat menahan sebak sebaik melihat anggota polis membawa jenazah Noor Fathanah (gambar kecil), semalam.
KUALA LUMPUR April 15, 2012: Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam Sabtu, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia.
Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Superitendan Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.
"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam Sabtu.
Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampilmemberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
--------------------
MAK MANDIN 15 April 2012- Gara-gara tidak dapat mengawal nafsu terhadap wanita yang diminati, seorang warga Bangladesh melepaskan geram dengan menggigit bibir mangsa hingga berdarah dalam satu kejadian mencabul awal pagi, kelmarin.
Namun, Muhiduzzan Moshed, 22, ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioener Zulkifli Alias yang dihubungi berkata, mangsa seorang kerani pengeluaran dan bertugas berseorangan di dalam pejabat ketika kejadian itu berlaku.
“Sekitar jam 12.08 pagi kelmarin, suspek memasuki pejabat kilang berkenaan dan menyerahkan borang pengeluaran untuk disemak oleh mangsa. Tiba-tiba suspek bertindak memegang tangan mangsa membuatkan dia terkejut,” katanya.
Zulkifli berkata, suspek kemudiannya menarik tangan mangsa dan memeluknya dari belakang dan dalam masa sama, bertindak agresif cuba mencium mulutnya.
“Mangsa dikatakan cuba menolak suspek dan memaklumkan bibirnya terdapat ulser, namun suspek tidak menghiraukan sebaliknya terus bertindak rakus. Disebabkan terlalu ghairah, suspek dikatakan menggigit bibir mangsa hingga berdarah. Selepas kejadian itu, mangsa membuat laporan kepada penyelianya sebelum membuat laporan di Balai Polis Mak Mandin kemudiannya,” katanya.
Selepas kejadian, mangsa dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital, kerana mengalami pendarahan yang agak teruk di bahagian bibir.
Zulkifli berkata, suspek dikatakan meminati kerani pengeluaran wanita itu sejak mula masuk bekerja di kilang itu hampir dua tahun lalu, namun mangsa tidak pernah memberi sebarang reaksi.
Mangsa yang ditemui bagaimanapun enggan mendedahkan identiti dan membenarkan kesan kecederaan di bibirnya dirakam, kerana malu dengan kejadian itu.
Suspek ditahan pagi semalam di tempat kerjanya sebelum direman selama 14 hari untuk disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
--------------
KUANTAN: Sembilan lelaki warga asing yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan serta permit tamat tempoh, masih mampu tersenyum sambil menunjukkan isyarat bagus apabila wajah mereka dirakamkan pihak media, awal pagi semalam.
Dalam Ops 6P yang dijalankan Jabatan Imigresen Pahang bermula jam 2 pagi hingga 5 pagi itu, 57 warga asing yang tinggal di Kampung Selamat dan Pelabuhan Kuantan diperiksa sehingga membawa kepada penahanan sembilan lelaki terbabit.
Ops diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Rozi Ghazali itu membabitkan 57 anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN).
Pengarah Imigresen Pahang, Mohamad Nasir Osman berkata, semua pendatang yang diperiksa itu berusia 30 tahun hingga 50 tahun dan bekerja di Pelabuhan Kuantan.
Kesian betul, baru tingkatan 1 saja ni budak. Kenapa PATI itu tiba-tiba menyerang tanpa sebab? Harap polis akan menyiasat isu ini.
BalasPadamDiucapkan Takziah kepada ahli keluarga adik Noor Fathanah Misnawi.
BalasPadamSemuanya warga asing. menyusahkan. Takziah kepada keluarga mangsa.
BalasPadamPATI mmg suka membuat jenayah.
BalasPadamMalang tidak berbau..Itu yang berlaku dengan remaja yang terbunuh disebabkan pergaduhan warga indon tersebut.
BalasPadamwarga asing sudah bermaharajalela di negara ini.. saya lebih suka jika demontrasi baru2 ini digunakan untuk mendesak kerajaan persekutuan supaya mengusir semua warga asing di negara ini..
BalasPadam