Jumaat, April 27, 2012

WARGA ASING CUBA SAMUN DITEMBAK MATI

Warga asing cuba samun ditembak mati

KUALA LUMPUR 27/04/2012 — Seorang lelaki rakyat asing ditembak mati ketika memecah masuk sebuah banglo di Taman Bukit Ledang, Jalan Duta di sini bersama tiga lagi rakannya, awal hari ini.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditembak oleh pemilik rumah berkenaan, manakala tiga lagi rakannya dapat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Brickfield, ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata, empat lelaki yang memakai topeng muka memecah masuk rumah berkenaan dengan mengumpil pintu utama pada pukul 2.30 pagi.

"Pemilik rumah itu, seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 60-an yang menyedari kejadian itu bergegas untuk melihatnya dan menembak seorang daripada suspek.

"Suspek mati di tempat kejadian dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif kejadian sebenar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Wan Abd Bari berkata, polis kini mengesan tiga lagi lelaki yang melarikan diri dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, katanya.

--------------

Warga emas tembak pencuri

RAMPAS...barang milik penjenayah (gambar kecil) yang ditembak mati.

Penjenayah yang ditembak mati itu dikenali sebagai Adhitia, 37, yang berasal dari Jakarta, Indonesia, berdasarkan pasport yang ditemui bersama lelaki terbabit.

“Siasatan awal berdasarkan keterangan mangsa, kumpulan penjenayah terbabit memecah masuk rumah menggunakan pemutar skru dan bersenjatakan celoret untuk menyamun mangsa.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata dan polis giat memburu ketiga-tiga suspek yang melarikan diri,”

---------------------

Dua Rakyat Indonesia Ditahan Palsu Dokumen Perjalanan Dan Sijil Nikah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan