TAWAU: Niat murni seorang wanita berusia 30 tahun meleraikan pergaduhan membawa padah apabila dia mati selepas ditikam di dada oleh seorang lelaki di Kampung Pukat, Tanjung Batu, malam kelmarin.
Sebelum kejadian, suspek berusia 30-an yang mabuk bergaduh dengan seorang lelaki berusia 22 tahun, kira-kira jam 7.20 malam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin, berkata lelaki berusia 22 tahun itu nekad melarikan diri dan memasuki rumah mangsa selepas dikejar suspek yang memegang pisau.
Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan kehadiran dua lelaki terbabit cuba meleraikan pergaduhan mereka, tetapi suspek tertikam dada kanan mangsa.
“Suspek yang panik dengan kejadian itu melarikan diri, manakala mangsa yang cedera parah dihantar suaminya ke hospital bagi mendapatkan rawatan, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.
Takziah kepada keluarga wanita ini.
BalasPadamInilah akibatnya bila bertindak di luar pertimbangan. memang sudah banyak kes jenayah yang diakibatkan oleh mabuk.
BalasPadamTakziah
BalasPadamAjal tidak dapat dijangka. Apa pun takziah kepada keluarga mangsa.
BalasPadamtangkap pembunuh ini dan jatuhkan hukuman mati..
BalasPadam