Ahad, April 22, 2012

RATUSAN RIBU KOMPUTER BERISIKO HILANG AKSES INTERNET JULAI DEPAN

Ratusan ribu komputer berisiko hilang akses Internet Julai depan

WASHINGTON, Amerika Syarikat - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih 570,000 ribu komputer di seluruh dunia akan kehilangan akses Internet pada Julai depan.

Menurut satu kenyataan FBI, masalah itu bermula apabila penggodam antarabangsa menjalankan aktiviti penipuan pengiklanan di Internet untuk mengawal komputer yang dijangkiti virus.

Bagi menghalang gangguan Internet berlaku ke atas komputer yang digodam atau sakit, FBI telah mewujudkan satu jaringan keselamatan atas talian beberapa bulan lalu melalui komputer pihak berkuasa AS.

Namun, sistem keselamatan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi.

Buat masa ini, pihak FBI menggalakkan pengguna supaya melayari sebuah laman web yang dikendalikan oleh sebuah badan keselamatan AS, www.dcwg.org.

Laman web berkenaan akan memaklumkan sama ada komputer mereka telah dijangkiti virus dan menerangkan cara-cara bagi menyelesaikan masalah itu.

Selepas 9 Julai depan, komputer yang dijangkiti virus tidak dapat digunakan bagi mengakses Internet.

17 ulasan:

  1. Betulkah macam ini? Boleh percayakah tidak maklumat ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang boleh percaya bah tu

      Padam
    2. maklumat macam ini mungkin betu mengkin juga tidak.

      Padam
  2. Balasan
    1. kalau ini benar ia akan menyusahkan banyak pihak.

      Padam
  3. Memang hebat penggodam antarabangsa ni.

    BalasPadam
  4. Layarilah laman web yang tertera. mungkin boleh membantu.

    BalasPadam
  5. penggodam ni gunakanlah ilmu tu untuk kebaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya penggodam akan menimbulkan masalah kepada pengguna yang lain.

      Padam
  6. This will definitely bring a lot of inconveniences to the country.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenalah kita bersedia......

      Padam
  7. saya harap komputer saya tidak kena pula

    BalasPadam
  8. memang susah untuk menggelakan perkara ini daripada berlaku. semua harus bersedia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebaiknya semua pihak sentiasa bersedia.

      Padam
  9. sejauhmanakah kesahihan maklumat ini? adakah pihak yang oleh mengesahkannya?

    BalasPadam
  10. Pengodam inilah yang sangat bahaya. Harap mereka ini akan dapat ditewaskan.

    BalasPadam
  11. good info.. saya harap masalah itu tidaklah kritikal seperti yang dijangkakan..

    BalasPadam