Jumaat, April 27, 2012

PERUNTUKAN SEGERA RM11.2 JUTA UNTUK INTRASTRUKTUR DI RANAU

Peruntukan segera RM11.2 juta untuk intrastruktur di Ranau

RANAU 2012/04/27: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan segera sejumlah RM11.2 juta bagi menambah baik pelbagai infrastruktur dan kemudahan asas di Ranau.

Beliau berkata, peruntukan itu merangkumi RM2 juta untuk menaik taraf Jalan Kibbas-Lipasu yang akan dimulakan tahun depan dan RM600,000 bagi pembinaan jambatan besi yang menghubungkan tiga buah kampung di Wallou.

"Sejumlah RM100,000 diperuntukkan untuk menambah baik Masjid Al-Kautsar di sini manakala geran RM10,000 kepada beberapa pertubuhan di Ranau,"

katanya ketika berucap pada Program Bersama Rakyat dan jamuan Makan 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau di sini, hari ini.

Turut hadir pada program yang dihadiri kira-kira 5,000 rakyat itu ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sabah bermula hari ini kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek di sini dan selepas itu mengadakan tinjauan mesra di pekan ini.

-------------

Perbezaan elaun wilayah guru akan disemak

"Ada pendapat mengatakan elaun wilayah ini tidak seharusnya berbeza. Mungkin ada asasnya mengapa terdapat perbezaan.

"Saya akan semak dan buat kajian dan akan buat penjelasan sedikit masa lagi,"

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan