Khamis, April 12, 2012

JAWATANKUASA KHAS ATASI AKTIVITI CURI KERBAU DITUBUHKAN SEBAGAI PENDEKATAN TEGAS PENYELESAIAN MASAALAH TERSEBUT

Jawatankuasa khas atasi aktiviti curi kerbau

TELUPID 12/04/2012 — Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menangani kegiatan mencuri kerbau yang menjejaskan aktiviti penternakan haiwan itu di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, langkah itu perlu kerana kerajaan negeri mahu satu pendekatan yang tegas dilaksana bagi menyelesaikan masalah tersebut secara menyeluruh.

"Masalah mencuri kerbau semakin serius dan mendatangkan kesan tidak baik kepada industri penternakan serta jumlah populasi kerbau di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pembiakan dan Penyelidikan Kerbau Telupid, dekat sini hari ini.

Katanya, selain Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JHPT) Sabah, jawatankuasa itu akan dianggotai oleh agensi lain yang berkaitan termasuk polis.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, isu curi kerbau yang berleluasa itu juga menyebabkan penternak kini kurang berminat untuk mengusahakan ternakan kerbau.

Katanya, permintaan daripada golongan penternak untuk mendapatkan baka kerbau daripada JHPT juga semakin berkurangan.— BERNAMA

8 ulasan:

  1. Hopefully this special task force will do their best to look into the cattle stealing in the state. They should work hard to lower the crime rates within the country.

    BalasPadam
  2. Good to hear that the state government is planning to take further actions on the problem, I'm sure the Cattle breeders are worried about this issue getting worst since it will affect their livelihood.

    BalasPadam
  3. Penternakan kerbau ni semakin kurang yang bergiat. Jika galakan dalam pelbagai bentuk disalurkan oleh kerajaan mungkin ramai juga yang berminat.

    BalasPadam
  4. Semoga jawatankuasa khas ini berkesan untuk menyelesaikan masalah kecurian.

    BalasPadam
  5. masalah curi kerbau mesti segera diselesaikan. kerbau pun asset tau.

    BalasPadam
  6. harga kerbau kini makin meningkat, kerana itu ia amat berharga. moga masalah kecurian ini dpt diselesaikan.

    BalasPadam
  7. Jawantankuasa ini diharap dapat membantu menyelesaikan masalah kes kecurian kerbau ini.

    BalasPadam
  8. kalau mahu ternak kerbau atau lembu, buatlah dengan bersungguh2.. jangan main lepas saja.. banyak lembu2 dan kerbau2 yang berkeliaran di jalan raya tanpa ada seorang punyang menjaga..

    BalasPadam