Ahad, April 15, 2012

ANWAR MINTA ANGGOTA PR TIDAK KOMEN SOAL KERUSI

Anwar minta anggota PR tidak komen soal kerusi

KUALA TERENGGANU 15 April 2012- Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) diingatkan tidak memberi sebarang komen berkait dengan pembahagian kerusi antara gabungan perikatan itu sebelum pembahagian kerusi dimuktamadkan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia amat penting bagi memastikan tidak berlaku salah faham dalam sebarang komen yang dikeluarkan memandangkan proses pembahagian kerusi antara parti masih lagi berjalan.

Menurutnya, langkah terbaik adalah tidak memberikan sebarang ulasan sehingga keputusan penuh soal pengagihan kerusi dibuat.

“Setakat ini pembahagian sedang berjalan di seluruh negara dan ia berjalan secara aman serta teratur. Kita jangkakan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

"Setakat ini beberapa negeri seperti Sabah, Pulau Pinang, Perak dan Kedah masih belum selesai.

“Kebanyakannya sudah selesai, cuma satu, dua kerusi yang masih belum diselesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai menyampaikan ceramah di Kampung Tok Jembal, Gong Badak di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang menyatakan pimpinan Pas dan PKR yang tidak seakrab dulu, Anwar bagaimanapun tidak bersetuju.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah dan hubungannya dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berlangsung seperti biasa, malah lebih akrab.

Katanya, perundingan mengenai kerusi dan kenyataan daripada pemimpin bawahan langsung tidak menjejaskan hubungan pimpinan atasan itu.

19 ulasan:

  1. Setiap parti komponen sepatutnya menyokong keputusan pemimpin parti dalam pembahagian kerusi. Ahli tidak patut mempersoalkan keputusan pemimpin kerana mereka tahu apa yg terbaik untuk parti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengagihan kerusi bukan kerja senang, pasti ada yang terima dan ada yang tidak.

      Padam
  2. Kalau di BN Sabah, KM menyeru ahli untuk menumpukan perhatian pada tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan pada pembahagian kerusi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah yang sebaiknya..CM Sabah telah meminta semua ahli BN untuk fokus terhadap tanggungjawab kpd rakyat.

      Padam
  3. pandai2 la bahagikan kerusi kalau tidak, kalah pula.

    BalasPadam
  4. Its up to the party leaders to appoint the best candidates to represent their party. Just put your trust in your leaders.

    BalasPadam
  5. Both PR and BN has handed up their candidate list, I'm sure both parties are already prepared to face the next General Elections. Now we should wait for the announcement of the next GE.

    BalasPadam
  6. Hope suitable candidate been chosen to represent the party.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana-mana parti pun pasti akan berusaha untuk turunkan calon terbaik mereka nanti.

      Padam
  7. Sokongan parti komponen amat penting untuk memperjuangkan misi yang sama.

    BalasPadam
  8. “Setakat ini pembahagian sedang berjalan di seluruh negara dan ia berjalan secara aman serta teratur. Kita jangkakan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat."

    Ini amat diperlukan terutama sokongan dari orang bawahan.

    BalasPadam
  9. Calon muda harus diberi peluang untuk bertanding.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin tidak kira BN atau PR akan mengenengahkan calon muda nanti.

      Padam
  10. Looks like both parties are ready to face the next GE, wonder when Najib will announce the GE-13 date.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua mungkin tertanya-tanya bila pru akan diadakan. sebaiknya tunggu dan lihat sajalah.

      Padam
  11. seperti semua parti sedang membuat persediaan untuk menghadapi PRU.

    BalasPadam
  12. PKR pasti akan timbul masalah pembahagian kerusi lepas ini.

    BalasPadam
  13. Ikut-ikut cakap kerajaan mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  14. bila dekat2 pilihanraya, Pakatan la yang paling banyak masalah dalaman.. tentu ramai pihak yang tidak berpuas hati selepas ini kerana dalam Pakatan hanya Anwar sahaja yang berhak membuat keputusan dan setiap keputusan beliau itu adalah muktamad..

    BalasPadam