Rabu, Mac 14, 2012

POLIS MAHU CEKUP WNITA UGUT IBU DIRANG

Polis mahu cekup wanita ugut ibu Dirang

 sms ugutan dirang

PASIR GUDANG 13 Mac 2012- Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.

Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

image Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

AKAN MENYUSUL

7 ulasan:

  1. How old exactly is the child? If not mistaken she's only 5 years old, why is she out buying instant noodles and eggs alone without accompanied by an adult?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu bapa sepatutnya menjaga pergerakan anak mereka terutamanya yang masih kecil. Gara2 ambil ringan terhadap perkara2 seperti ini, nyawa anak mereka melayang.

      Padam
  2. This is a cruel crime, whoever who did this thing must be given due punishment for their crimes. Hope that the police will manage to find out the murderer.

    BalasPadam
  3. Memang durjana betul orang yang sengaja mengambil kesempatan untuk mengugut keluarga malang ini di saat mereka dalam kesusahan.

    BalasPadam
  4. apalah dosa anak kecil tersebut hingga mereka nak lakukan demikian.

    BalasPadam
  5. Memang kejam tu pembunuh. RM10 ribu? macam la sekeluarga tu orang kaya.

    BalasPadam
  6. anak sekecil ini tidak patut dibiarkan bersendirian di luar rumah.. jauh atau dekat, anak kecil ini patut sentiasa ditemani ibubapa atau penjaga..

    BalasPadam