Ahad, Mac 04, 2012

NAJIB MINTA MAAF ATAS KESILAPAN LALU BN

Najib Minta Maaf Atas Kesilapan Lalu BN

BALING Mac 4, 2012: Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk itu, Perdana Menteri berkata beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan itu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Katanya jika pengundi menolak BN seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana BN telah membuat kesilapan.

"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.

"Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita. kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.

"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya.

Beliau berkata hanya BN sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.

"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka.

Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga," katanya.

Najib berkata kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transfomasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.- BERNAMA

20 ulasan:

  1. Hope that the BN government will make amends for their mistakes in the past and work hard to serve the people better.

    BalasPadam
  2. With the future mapped out clearly and followed through exactly, I'm sure we can successfully bring the country towards a high income and developed country.

    BalasPadam
  3. semoga Najib dan Bn dpt perbaiki kesilapan lalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap BN akan dapat menang besar tahun ini..

      Padam
    2. perbetulkan apa yang silap demi kepentingan rakyat.

      Padam
  4. Harap kesilapan itu akan dapat di baiki.

    BalasPadam
  5. Kerajaan semakin baik dalam menbangunkan negara kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti lepas ni kerajaan akan lebih membangun lagi setelah mengkaji kesilapan yang lalu.

      Padam
    2. harap pembangunan negara akan berterusan..

      Padam
  6. Baguslah kalau PM sudah sedar akan kelemahan yang ada pada PRU12 yang lalu. Harap PM akan dapat memastikan apa yang berlaku dahulu itu akan dapat diselesaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap PRU13 ini BN akan lebih kuat dan lebih mendapat sokongan rakyat.

      Padam
    2. tingkatkan usaha untuk lakukan yang lebih baik.

      Padam
  7. Ternayata Najib bukan la seorang pemimpin yang ego. mengakui kesilapan dan sedaya upaya memperbaikinya adalah seorang pemimpin yang berpandangan jauh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PM kita seoarang yang merendah diri, beliau mengakui kesilapan kepimpinan beliau dan mau memperbaikinya lagi.

      Padam
    2. mengakui kesilapan dan berusaha memperbaikinya adalah sesuatu yang baik.

      Padam
  8. kalau pembangkang, jangan harap mereka akan meminta maaf.. sebaliknya akan menyalahkan dan menghina rakyat kerana tidak menyokong mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Hadi ketika pilihanraya di sarawak..

    BalasPadam
  9. Even though the PM has been attack from all front pertaining to his apologies, but in my opinion he is brave to have stated the errors that his administration and well as BN has made in the past.

    BalasPadam
    Balasan
    1. It is not a sign of weakness as many have claim. As the saying goes: Better late than never.

      Padam
    2. The same can't be said for the opposition. All they know is pointing fingers at the status quo, pointing fingeras among themselves. In short, they are self-glorifying finger pointers. As sabahans would say, "masuk bakul angkat sendiri"

      Padam
  10. teruskan usaha untuk membangunkan negara dan memnuhi keperluan rakyat.

    BalasPadam