Gaun pengantin paling panjang di dunia
EMMA DUMITRESCU memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia di Bucharest kelmarin.
BUCHAREST - Seorang model berusia 17 tahun, Emma Dumitrescu memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia kelmarin.
Dia memakai gaun sepanjang tiga kilometer (km) yang mengambil masa selama 100 hari untuk dijahit dengan melibatkan 10 penjahit.
Gaun itu direka oleh syarikat fesyen Salun Andree di sini.
Pihak Guinness Book of World Recordsmengiktiraf gaun tersebut sekali gus mengatasi rekod gaun terdahulu dari Belanda yang sepanjang 2.48km. – Agensi
Wow!!! kalau kaya2 boleh la buat.
BalasPadamApalah yang akan dapat guna gaun panjang macam ini??Haha
BalasPadamkalau world record ini dibuat di Malaysia, saya yakin bahawa empunya gaun tidak akan mendapat pujian, sebaliknya kutukan..
BalasPadam