Pusat Nuklear Dan Radioterapi Sabah Dijangka Beroperasi Hujung Tahun Ini
KOTA KINABALU, 1 Feb (Bernama) -- Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah dijangka beroperasi akhir tahun ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pembinaan bangunan pusat yang berharga sekitar RM264 juta kini berjalan lancar dan setakat 31 Dis lepas, projek itu hampir siap 87 peratus.
Dengan siapnya pusat yang dibangunkan bersebelahan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (Hospital Likas) itu, pesakit barah di negeri ini tidak perlu ke Kuala Lumpur atau Kuching untuk mendapatkan rawatan, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Perkhidmatan Jantung Negeri Sabah di Hospital Ratu Elizabeth 11 di Luyang, dekat sini.
Rosnah berkata pusat perkhidmatan jantung itu mula beroperasi April lepas, dan tahun lepas sahaja lebih 10,000 orang mendapatkan rawatan di pusat itu, dan 876 daripada pesakit jantung itu dimasukkan ke pusat berkenaan.
Pusat jantung yang diwujudkan dengan kos kira-kira RM50 juta itu mempunyai lima doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuk pakar kardiologi dan pakar bedah.
Rosnah berkata sebelum penubuhan perkhidmatan itu, penduduk Sabah yang mengalami masalah jantung terpaksa dihantar ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.
Mengenai rayuan pemimpin negeri agar lebih banyak doktor pakar dihantar untuk bertugas ke hospital daerah lain termasuk di Tawau, Sabah, beliau berkata kementerian komited untuk menempatkan doktor-doktor pakar di Sabah dan Sarawak.
--------------------------
Sabah kini miliki Pusat Rawatan Jantung di HQE II Luyang
KOTA KINABALU 2nd Feb 2012: Sabah kini memiliki Pusat Rawatan Jantung di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) Luyang, yang dilengkapi pelbagai peralatan canggih setaraf dengan Institut Jantung Negara (IJN).
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pusat itu yang bernilai lebih kurang RM50 juta telahpun mula beroperasi April tahun lalu.
Katanya, ia juga menjadi kebanggan rakyat Sabah kerana sebelum ini kebanyakan kes yang melibatkan penyakit jantung dihantar keIJN Kuala Lumpur atau pusat-pusat rawatan jantung yang lain di Sememanjung Malaysia atau Sarawak.
“Dengan adanya pusat rawatan ini, ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos pesakit untuk mendapatkan rawatan atau pembedahan jantung tetapi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan, mengurangkan bebanan keluarga, pesakit serta mengurangkan kesesakan di Hospital Queen I.
“Pusat ini dapat membantu kita menjimatkan kos pesakit sebanyakRM4.2 juta setahun termasuk perbelanjaan tiket penerbangan dan kos-kos lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Rawatan Jantung Negeri Sabah HQE II di hospital itu di Jalan Damai, Luyang, dekat sini, kelmarin.
Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Jainab Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr. Mohd. Yusof Haji Ibrahim dan Pengarah HQE II Dr. Abd. Kahar Abd.Asis.
Rosnah berkata, secara keseluruhannya jumlah pesakit luar yang mendapatkan perkhidmatan di HQE II pada tahun lalu ialah 10,572 pesakit luar dan seramai 876 pesakit yang dirawat di pusat itu.
Katanya lagi, jumlah pesakit yang dirujuk ke IJN pada tahun 2006 ialah sebanyak 138 orang, 2007 (213 orang), 2008 (176 orang), 2009 (108 orang) dan 2010 (115 orang).
“Dulu tiada pusat perkhidmatan seperti ini jadi semua kes pesakit jantung terutamanya yang memerlukan pembedahan dirujuk ke IJN.
“Kini kita mempunyai lima orang doktor pakar termasuk pakar kardiologi dan pakar bedah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pesakit jantung di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata, negeri ini juga bakal memiliki pakar kardiologi kanak-kanak pada tahun 2014.
“Ketika ini, kita tiada pakar kardiologi kanak-kanak dan semua kes yang melibatkan kanak-kanak masih lagi dirujuk ke IJN Kuala Lumpur,” katanya.
Mengenai rayuan para pemimpin negeri agar lebih banyak doktor pakar dihantar untuk bertugas ke hospital daerah lain termasuk di Tawau, beliau berkata kementerian komited untuk menempatkan doktor-doktor pakar di Sabah dan Sarawak.
Hope that the Nuclear and radiotherapy centre will be established smoothly in Sabah.
BalasPadamMany patients who could not afford to fly to KL or Singapore for treatment will most appreciate for able to get treated locally.
BalasPadamdgn ini, pesakit tak perlu lagi prgi jauh untuk mendapatkan rawatan.
PadamSave money and time.
Padamdgn ini ia dpt meningkatkan kualiti perubatan di Sabah.
BalasPadamperuntukan yang diberi harus digunaka sebaik mungkin.
PadamBN was concerned, every promise made to the people would be fulfilled
BalasPadamBut still, this is still not enough to cater the health care needs of sabahans in general. Not only the cost is still high for some, the transportation as well as lodging cost too will compound outpatients
BalasPadamhopefully similar centres will be establish in other major cities in Sabah to cater this need.
BalasPadamPasti ini akan memberi banyak kebaikkan kepada rakyat Sabah terutama mereka yang menghidapi penyakit jantung.
BalasPadamPada masa akan datang, kita harapkan lebih banyak teknologi kesihatan yang dibawa masuk ke Sabah.
BalasPadamBetul tu. Bukan saja teknologi kesihatan dibawa masuk, malah jumlah doktor pakar pun perlu ditambah.
Padamtidaklah susah2 lagi pergi ke luar negeri untuk mendapatkan rawatan. lagipun pesakit kebanyakannya bukan orang senang. sekurang2nya kalau di negeri sendiri sudah ada kemudahan rawatan, kuranglah sikit kos.
BalasPadamlooking forward for more development in the future.
BalasPadamKerajaan sentiasa menaiktaraf kemudahan perubatan dari masa ke semasa.
BalasPadamIni akan mengurangkan lagi kos perubatan para pesakit kerana tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur dan sebagainya untuk mendapatkan rawatan tersebut.
BalasPadamsatu perkembangan yang baik setelah pelbagai pihak memberikan desakan kepada kerajaan pusat agar memberikan kelengkapan teknologi perubatan di negeri ini setanding dengan negeri2 di semenanjung..
BalasPadam